Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - 21 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan bom bunuh diri dalam perarakan Syiah di Kano, Nigeria.
Menurut saksi, pengebom bunuh diri menyusup masuk ke dalam perarakan dan meledakkan bom pada badannya sebelum dia dikesan oleh penganjur.
Pengeboman terjadi di perkampungan Dakasoye, 20 kilometer dari Selatan Kano.
"Kami kehilangan 21 orang manakala ramai yang lain mengalami kecederaan," kata Muhammad Turi dari Islamic Movement of Nigeria (IMN).
Polis berkata, mereka masih mencari dalang di sebalik insiden ini, manakala IMN menuduh kumpulan militan Sunni yang dikenali sebagai Boko Haram yang selama ini menyerang umat Islam sebagai perancang utama serangan.
Perarakan Arba'in tahunan ini masih berlangsung selepas insiden serangan.
Majoriti umat Islam Nigeria beraliran Ahlisunah Wal Jamaah dan berada dalam konflik apabila kumpulan radikal Wahabi sudah menyusup masuk dalam masyarakat dan membentuk kumpulan militan.
Presiden Nigeria Muhammadu Buhari menyerahkan isu menumpaskan kumpulan militan kepada pihak tentera sampai bulan depan, namun serangan dikhuatiri akan terus berlangsung.

























