4 Disember 2015 - 14:42
Tentera Yaman berjaya kuasai kota al-Raboah, Arab Saudi

Kota Raboah jatuh ke tangan tentera Yaman

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Televisyen al-Maseera menyiarkan kemenangan terbaru operasi darat tentera Yaman ke atas beberapa kawasan
Selatan Arab Saudi.

Dalam laporan ini, tentera Yaman yang dibantu pasukan relawan rakyatnya telah menawan beberapa kawasan seperti kota Raboah. Selain itu, pasukan tentera
Saudi juga berjaya memusnahkan beberapa kereta perisai tentera Saudi dan merampas puluhan kereta kebal.

Sejak operasi darat ini dilancarkan, banyak tentera Saudi terkorban setelah kerajaan Wahabi melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap penduduk
Yaman.

Lebih 7,000 rakyat Yaman terbunuh dan 14,000 cedera sejak Arab Saudi dan beberapa negara Arab menggempur negara Yaman.