Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com), Tehran - Tentera Yaman berjaya menenggelamkan dua kapal perang Saudi di selat Bab al-Mandab, berdekatan pantai negara yang diserang pakatan negara-negara Arab, Isnin lalu sehingga menyebabkan kematian seluruh anak kapal yang berjumlah lebih dari 10 orang dalam setiap kapal, lapor Farsnews.
Kapal-kapal perang Arab dilaporkan musnah setelah terkena peluru berpandu yang dilancarkan tentera Yaman di pantai erairan Al-Mukha, daerah Ta'iz, kelmarin.
Tentera Yaman melaporkan, kapal yang tenggelam itu telah beberapa kali melepaskan tembakan roket ke arah kawasan penduduk awam di Ta'iz sehingge menyebabkan kemusnahan.
Setakat ini, sepuluh kapal perang Arab Saudi telah ditenggelamkan di selat al-Mandab sejak beberapa bulan lalu kerana menghampiri pantai Yaman.
Tentera Saudi sudah berkali-kali cuba menghampiri pantai Al-Mukha terletak di selat Bab al-Mandab, namun semua percubaan tersebut berjaya ditumpaskan