17 Disember 2015 - 09:24
Turki rancang bina pengkalan tentera di Qatar

Setelah Amerika, kini Turki diizinkan menempatkan tentera di Qatar.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Turki sedang merancang untuk membangunkan sebuah pengkalan tentera di Qatar.

Perancarangan ini dijangka akan memakan masa selama dua tahun berdasarkan perjanjian kesefahaman antara kedua-dua negara tersebut dengan kelulusan Parlimen Turki yang berkuat kuasa para bulan Jun lalu.

Seorang pegawai keselamatan Turki berkata, pembinaan pengkalan tentera di Qatar amat penting berikutan bertambahnya ancaman musuh di rantau tersebut.

Selain itu, lebih dari 3,000 tentera Turki akan ditempatkan di negara Teluk tersebut terutamanya pasukan tentera udara dan laut.

Qatar sebelum ini telah memberikan tempat yang luas untuk penempatan 10,000 tentera Amerika.

Turki dan Qatar antara negara yang tidak mengiktiraf kerajaan yang dipimpin Bashar al-Assad dan berusaha menyokong sebarang tindakan menjatuhkan predisen Syria itu.