26 Januari 2016 - 16:22
ISIS lancar 2 serangan bom di kota al-Zahra, Aleppo

Serangan bom pengganas di kota al-Zahra menyebabkan puluhan penduduk awam terbunuh dan cedera

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Media melaporkan dua serangan bom pengganas di kota Aleppo sehingga menyebabkan puluhan penduduk awam terbunuh dan cedera.

Televisyen rasmi Syria melaporkan 22 orang terbunuh manakala kira-kira 100 yang lain cedera.

Laporan turut menamakan kumpulan pengganas ISIS sebagai dalang serangan ini.

Sebuah kumpulan hak asasi manusia yang berpengkalan di England memaklumkan bunyi letupan insiden ini turut kedengaran di kota al-Bagiliya, Barat Laut Deir al-Zour.

Berasaskan laporan ini, pengganas ISIS menggunakan kereta yang sarat dengan letupan dalam serangan pertama. Serangan kedua menyusul selepas itu apabila seorang anggota ISIS meledakkan bom pada badannya.