Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ketua deliasi negara Yaman untuk rundingan di Kuwait, Mohammad Abdul Salam menegaskan bahawa penarikan balik deligasi yang disokong Riyadh membuktikan kegagalan.
Dalam wawancara bersama UNews Agency, Abdul Salam berkata perkembangan terbaru ini menunjukkan deligasi pro Riyadh ingin meneruskan peperangan dan mereka memejamkan mata terhadap kesesengsaraan yang dideritai rakyat Yaman.
"Ketika sesi kelmarin, utusan PBB (Ismail Ould Cheikh Ahmed) meletakkan empat perkara untuk perbincangan: Jaminan jawatankuasa tentera, jaminan tempatan dan antarabangsa," kata Abdul Salam yang juga jurucakap gerakan revolusi Ansarullah.
"Kita telah membincangkan jaminan ketentetaan dan membentuk jawatankuasa tentera," tambah beliau lagi.