26 Julai 2016 - 01:48
Seorang cedera, pengganas lancar serangan bom kereta

Sebuah kereta yang sarat dengan bom meledak di Damsyik, kelmarin. Seorang dilaporkan cedera dalam serangan tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sebuah kereta yang sarat dengan bom dilaporkan meledak di tengah-tengah ibukota Damsyik, Syria, kelmarin.

Berasaskan laporan Agensi Berita Syria (SANA), letupan kuat menggegarkan kawasan Barat Daya ibunegara tersebut. Sekurang-kurangnya seorang dilaporkan cedera.

Menurut sebuah badan pemerhati hak asasi manusia, sebelum ini, serangan mortar terjadi di berhampiran sebuah restoran di al-Hay al-Qadim sehingga menyebabkan 8 orang terbunuh manakala 20 yang lain cedera.

Badan tersebut berkata kepada AFP, "Lapan orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 20 yang lain cedera terkena mortar di beberapa kawasan al-Hay al-Qadim, Damsyik yang berpunca dari anasir pengganas, di pinggir ibu negara."