27 Julai 2016 - 15:38
Serangan bom ragut 35 nyawa, ISIS mengaku bertanggungjawab

ISIS mengaku bertanggungjawab dalam serangan bom di kawasan yang dikuasai puak Kurdis, di Qamishli

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kumpulan pengganas ISIS yang berfahaman Wahhabi mengaku bertanggungjawab dalam serangan bom di Qamishli yang meragut sekurang-kurangnya 35 nyawa dan mencederakan 170 yang lain, hari ini.

Pengakuan tersebut telah disiarkan media pro ISIS yang dinamakan al-'Amaq.

image
Pernyataan rasmi ISIS yang mengaku bertanggung jawab dalam serangan di al-Qamisihli yang disiarkan al-'Amaq.

Letupan membabitkan sebuah kereta dan satu bom dipasang pada motosikal.

Satu daripada bom diletupkan berhampiran ibu pejabat keselamatan pentadbiran Kurdish yang mengawal kebanyakan wilayah Hasaka dan terletaknya Qamishli.

Letupan membabitkan sebuah kereta dan satu bom dipasang pada motosikal.

Rakaman yang dimuat naik ke laman sosial menunjukkan orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri.

Kelihatan kerosakan besar membabitkan bangunan dengan runtuhan bertaburan di jalan raya dan kepulan asap tebal memenuhi ruang udara.

Satu lagi letupan memecahkan tingkap kedai di Nusaybin, bandar di sempadan Turki mengakibakan dua orang cedera ringan.

Militan Daesh mengaku bertanggungjawab dan berkata mereka mensasarkan pasukan keselamatan Kurdish.

image

image