Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pejuang Hizbullah menyerang kedudukan pengganas di sempadan Lubnan dan Syria sehingga menyebabkan kematian besar-besaran di pihak lawan, menurut media al-Manar.
Berasaskan laporan ini, peluru altileri Hibullah gugur di atas kerumunan pengganas Jabha Nusra di al-Qanzah, pinggir Arsal.
Sebelum ini kumpulan pengganas IS dan Fath al-Sham telah berkubu di Arsal sejak Ogos 2014 ketika berjaya menakluki kasawan tersebut.
Hampir setiap hari tentera Lubnan dan Hizbullah menyerang kubu kuat mereka untuk menjaga keamanan di sempadan.