Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim membuat ucapan sambil memanggil negara-negara Arab dan dunia untuk bersatu bagi membela rakyat Palestin yang terzalimi. Keadaan semasa di Gaza telah mencapai status bahaya di mana kadar kelaparan penduduk di sana bukan sahaja terlalu tinggi malahan terlampau teruk.
Di samping itu, organisasi seperti Mercy Malaysia dan Cinta Gaza Malaysia masih menghantar bekalan ubat-ubatan, makanan, dan peralatan perubatan melalui sempadan Mesir. Walaupun menghadapi sekatan Israel, usaha ini berjaya sampai kepada segelintir mangsa perang. Sukarelawan Malaysia turut terlibat dalam misi bantuan di lokasi.
Your Comment