"Musuh Revolusi Islam yang berhasrat merosakkan revolusi ini mempunyai dua sasaran utama iaitu agama dan penganutnya yang taat kepada revolusi", kata Ayatullah Khamenei kepada ribuan hadirin di kota Qom hari ini.
Pemimpin ini menambah bahawa musuh sangat faham akan fakta bahawa Revolusi Islam akan kebal selagi ia berfondasikan agama.
"Pendirian yang berasaskan agama tidak dapat ditewaskan oleh musuh dan kuasa penindas", tambah beliau lagi".
Sayed Ali turut menyatakan bangsa Iran sentiasa menyokong Revolusi Islam dan pendirian berstatuskan Islam ini tidak berupaya menentang musuh jikalau warga Iran tidak benar-benar menyelesaikan segala konflik dan kerenggangan antara orang awam dan pegawai negara.
Pemimpin ini menyatakan penyertaan 40 juta warga Iran dalam pilihanraya presiden tahun lalu membatu Revolusi Islam memvaksinkan kuman politik dan sosial disamping meningkatkan wawasan rakyat jelata.
Turut dinyatakan kegagalan musuh meretakkan bangsa Iran dengan pegawai republik Islam.
Kata beliau lagi musuh merasa kesal apabila 40 juta rakyat Iran tampil menyertai pilihanraya sekaligus menggagalkan segala usaha mereka.