Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Setiausaha Agung Hizbullah Hujjatul Islam Sayyid Hasan Nasrullah petang tadi (Rabu) dalam majlis ulangtahun kesyahidan komando Moqawamah telah menyampaikan ucapan penting beliau.
Intisari penting ucapan beliau ialah:
- Kebangkitan para pemuda dan bangsa Mesir telah mengusir salah satu sistem talibarut Amerika dari rantau ini.
- Sekiranya Israel ingin mencipta peperangan baru dengan Lubnan, Hizbullah akan bertindak membebaskan kota Jalil (Galilee) di Palestin.
- Hizbullah akan membalas bela darah Imad Mughniyyah. Pembalasan ini akan ditujukan kepada pemimpin dan general tentera.
- Moqawamah dengan cara tersendiri akan mengambil kembali ibu pertiwi yang dirampas oleh Zionis kerana Majlis Keselamatan dan Kesepakatan Antarabangsa telah melakukan kesalahan terbesar tentang Amerika.
- Apa yang telah Amerika lakukan demi kestabilan serantau, mengembalikan hak kepada pemiliknya dan membentuk mahkamah antarabangsa untuk mengadili segala jenayah Zionis?
- Keadilan tertegak dengan mengembalikan seluruh bumi yang dirampas dan menghukum jenayah perang. Hanya inilah cara meraih keamanan dan kesejahteraan di Timur Tengah.
- Helah mencari jalan perdamaian sama sekali tidak akan mengembalikan hak kepada pemiliknya, namun ia akan berakhir dengan peperangan. Kerana itu perjanjian tidak pernah terjadi.
Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak sebelum ini mengancam akan menyerang Lubnan buat kali kedua ketika melawat sempadan di Utara Israel. Beliau sambil mengungkit kekalahan Israel dalam perang 33 hari dengan Hizbullah tahun 2006 berkata, "Pemimpin Hizbullah tahu cara serangan dalam tahun 2006, namun itu bukanlah serangan yang terakhir!".