Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Alor Setar, meskipun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan hasil pemantauan yang dilakukan pasukan keselamatan mendapati fahaman Syiah tidak mempunyai unsur keganasan, penerima anugerah Tokoh Pendakwah Negeri Kedah, Aziz Hanafi pula menganggap Syiah adalah fanatik agama yang menggalakkan perasaan benci terhadap pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Pada masa sama, pengikut ajaran Syiah bersifat militan dan bersedia mengancam nyawa sesiapa sahaja yang cuba menghalang mereka daripada melaksanakan aktiviti atau amalannya.
“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, Syiah kini sudah bertapak di Pendang, Guar Chempedak, Sik serta Lubuk Kawah dan saya tidak menolak kemungkinan ia akan tersebar lebih meluas ke seluruh Kedah,” kata Aziz Hanafi ketika dihubungi wartawan Sinar Harian di sini semalam.
Menurut laporan berita Sinar Harian edisi Utara hari ini, Aziz Hanafi mendakwa terdapat unsur radikal yang memberi ancaman kepada masyarakat Islam di Malaysia termasuk tindakan beberapa pengikutnya yang mencederakan diri sendiri menggunakan senjata semata-mata untuk memperingati kematian cucu Rasulullah SAW, Sayidina Husin sewaktu penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulan ajaran itu di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 15 Disember lalu. (Aziz Hanafi jahil tentang Syiah kerana pengikut mazhab ini di Hawzah Imam Ridha tidak melakukan perbuatan haram itu dalam serbuan tersebut dan mereka konsepsi dengan fatwa pengharaman amalan itu)
“Di Iran, pengikut Syiah yang mencederakan dirinya itu akan membunuh sekurang-kurangnya seorang ahli Sunni sebagai membalas dendam di atas kematian Sayidina Husin. (Pernyataan ini adalah bohong kerana golongan Ahlusunnah dilindungi oleh Artikel 11 dan 12 Perlembagaan Iran manakala golongan Ahlusunnah menikmati kebebasan beramal dengan mazhab masing-masing. Kata-kata ini boleh mencetuskan perseteruan antara Ahlusunnah dan Syiah yang hidup aman damai selama ini)
“Di Kedah, terdapat satu kes kematian membabitkan seorang aktivis Pas, Othman Talib yang didakwa terbunuh akibat pertembungan dua kumpulan yang berbeza fahaman politik pada pilihan raya kecil di Lubuk Merbau, Padang Terap 30 tahun lalu.
“Saya difahamkan tragedi itu juga disebabkan berlaku percanggahan fahaman agama antara dua pihak dan dikatakan terdapat unsur Syiah aliran Imamiyyah yang cuba diterapkan sewaktu pengebumian Allahyarham apabila jenazahnya dihantar bergilir-gilir oleh Pemuda Pas kawasan itu seraya melaungkan selawat yang diamalkannya,” katanya. (Sebenarnya laungan yang dilaungkan oleh Syiah ketika mengiringi jenazah ke kuburan ialah La Ilahaillah Muhammad Rasulullah).
Seperti biasa, ekstrimis agama ini cuba membangkitkan kemarahan Ahlusunnah dengan mengatakan, “Penganut Syiah menganggap umat Islam yang bermazhab lain sebagai kafir dan halal darah mereka untuk dibunuh. Jika sesama umat Islam pun puak Syiah ini menghalalkan pembunuhan, cuba kita fikirkan apa pula kesan dan tindakan yang boleh puak-puak ini ambil untuk golongan yang bukan Islam". (Syiah tidak mengkafirkan saudara Ahlusunnah malah membantu mereka seperti memberi dana berjuta dolar kepada Hamas dan menggunakan wang Khumus untuk bencana alam di Pakistan tanpa mengira mazhab).
Pembohongan terhadap Syiah di Malaysia kelihatan semakin meluas dan ia bercanggah dengan realiti Syiah yang sebenar. Fitnah-fitnah seperti ini dipecayai didalangi oleh kuasa besar Amerika bertujuan mencetuskan keganasan di negara-negara Islam.
END ITEM/