Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Menurut laporan berita Malaysiakini, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muazam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah tidak mahu masjid dijadikan tempat penyebaran ideologi mana-mana pihak. Titah baginda, minbar masjid adalah wadah untuk memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama Muslim, bukannya gelanggang untuk melepaskan geram atau maki hamun kepada mana-mana pihak.
"Beta berharap supaya Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dapat meningkatkan pemantauan dan seliaan agar tidak timbul sebarang kejadian yang mencemar imej dan kesucian masjid di negeri kita yang tercinta ini," titah baginda ketika merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir, Tikam Batu dekat Sungai Petani, kelmarin.
Selain itu Baginda Sultan Kedah amat duka cita apabila umat Islam berbalah sesama sendiri.
Baru-baru ini penganut mazhab Syiah Imamiyyah tampil membuat laporan polis apabila seorang penceramah telah menyebarkan fitnah terhadap pengikut itu di Masjid Akar Peluru dan Kepala Batas, Kedah.