24 Februari 2011 - 20:30

Serangan ganas perusuh ke atas pondok YAPI jawa timur bukan daripada kalangan Ahlusunnah Wal Jamaah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ketua Pengarah Cawangan Nahdatul Ulama (PCNU) Jombang, Kiyai Haji Isrofil Amar mengecam tragedi rusuhan di Pasuruan. Malah perbuatan terkutuk atas nama Ahlusunnah itu menyimpang jauh dari Islam yang mengutamakan perdamaian.

"Mereka tidak patut mempergunakan nama Ahlussunah Wal Jamaah, sebab selama ini kami tidak pernah mengajar kekerasan dalam enyelesaikan suatu perbezaan," ujar KH Isrofil setelah mengikuti perjanjian damai di dewan Kodim 0814 Jombang, pada hari Rabu (16/2/2011).

Ia menjelaskan, serangan tersebut merupakan penodaan terhadap perpaduan umat Islam yang selama diamalkan di Jawa Timur. Kelompok yang mempergunakan Aswaja (Ahlusunnah Wal Jamaah) tersebut adalah percubaan melaga-lagakan umat Islam.

Selain itu, menurutnya, Jawa Timur yang terkenal mempunyai ramai pengikut Nahdatul Ulama (Nahdliyin) terasa malu dengan aksi kelompok yang tidak bertanggungjawab itu. "Mereka tidak patut memakai nama Ahlussunnah Wal Jamaah. Mereka telah menghina anggota keluarga NU (Nahdatul Ulama)," tambahnya sambil melepaskan geram.

Oleh karena itu, Ketua PCNU Jombang ini meminta pemerintah dan penegak undang-undang untuk tidak teragak-agak menyelesaikan tragedi yang menimpa pondok Yayasan Pendidikan Islam (YAPI) di Pasuruan.

Selain itu pihak Amerika Syarikat didapati berdiam seribu bahasa meskipun mengecam keras rusuhan terhadap golongan Ahmadiyah dalam Tragedi Cikuesik dan Rusuh di Temanggung sebelum serangan ke atas YAPI.

Pendirian aneh Amerika jelas apabila memperingati tragedi ke atas pengikut Ahmadiah pada 9 Februari lalu dengan mengeluarkan pernyataan ini: “Amerika Syarikat sangat prihatin tentang rusuhan di Indonesia ke atas anggota jemaah Ahmadiyah yang mengakibatkan kematian tiga orang dan mencederakan sejumlah orang lainnya minggu lalu. Kami juga menaruh perhatian pada pembakaran gereja di Jawa Tengah. Kami sepemikiran dengan majoriti warga Indonesia yang mengecam tindakan-tindakan ganas ini.”

Serangan ke atas pondok pengajian YAPI selasa 15/2/2011 lalu telah menyebabkan 6 pelajar mendapat kecederaan.

Pada Jumaat 20/04/2007 kira-kira dua ribu kumpulah yang mendakwa kononnya dari golongan Ahlusunnah Wal Jamaah keluar berdemonstrasi menuntut pondok YAPI ditutup. Demonstrasi dan beberapa aksi keganasan terhadap pusat pengajian Syiah di Indonesia menunjukkan kumpulan anti Syiah sangat ekstrim dan mengancam keselamatan jiwa.

Penunjuk perasaan anti Syiah di Bangil tahun 2007 mengeluarkan ancaman bunuh terhadap pengikut Syiah jikalau tidak bertukar kepada mazhab Sunni.