Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Lima Syiah Pakistan termasuk wanita yang diculik sejak 14 Ogos lalu ditemui mati pada hari Khamis lalu.Jasad kelima-lima Syiah tersebut ditemui di daerah Jani Khel setelah seminggu diculik dari Samankani, berhampiran sempadan Pakistan ketika dalam perjalanan ke Parachinar. Keluarga mangsa melaporkan mereka diminta wang tebusan sebanyak 6 juta Rupee.Kesemua keluarga mangsa tidak mampu menyiapkan sejumlah wang yang diminta Taliban itu.Penduduk Parachinar yang berulang alik dari tempat mereka ke Peshawar terpaksa menggunakan jalan dari Afghanistan berikutan serangan pengganas Taliban sejak lima tahun lalu.
26 Ogos 2011 - 19:30
News ID: 262088
Pengganas Wahabi kelmarin membunuh lima Syiah dari Parachinar, Pakistan termasuk wanita setelah gagal meraih wang tebusan sebanyak enam juta rupee.