17 November 2011 - 20:30

Kabinet Azerbaijan luluskan larangan tabligh Agama Islam

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kabinet Azerbaijan beberapa hari lalu meluluskan larangan tabligh agama Islam di Azerbaijan.

Nizami Ja'far Auf, pengerusi Suruhanjaya Kebudayaan Kebangsaan Azerbaijan meluluskan penguatkuasaan undang-undang anti Islam dalam satu ucapannya meskipun negara tersebut mempunyai 96 peratus penduduk Islam.

Sebaik sahaja rang undang-undang tersebut lulus, Fadhail Agha Mali mendakwa, "Ancaman utama terhadap Azerbaijan adalah dari kawasan Iran, untuk menghapuskan pengaruh Iran, kanun ini hendaklah diluluskan."

Wakil kabinet Azerbaijan kelahiran Armenistan ini menambah, "Pelajar Azerbaijan yang sedang menekuni pelajaran agama di kota Qom adalah mata-mata Iran. Oleh itu hendak mereka ini benar-benar diawasi".

Berasaskan laporan, kelulusan undang-undang anti Islam di Azerbaijan telah mengejutkan umat Islam di negara tersebut.

Azerbaijan sejak bulan lalu bertindak memenjarakan beberapa anggota Parti Islam Azerbaijan kerana menentang sikap kerajaan yang anti agama seperti melarang pemakaian hijab di sekolah.