Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Republik Islam Iran adalah penunjang dunia Islam.Jamil Khir berkata demikian dalam satu pertemuan dengan ulama senior Iran Ayatullah Mahdi Hadavi Tehrani kelmarin (Khamis). Beliau turut berterima kasih kepada Ayatullah Mahdi kerana sudi menerima undangan Perdana Menteri Malaysia untuk turut serta dalam Persidangan Gerakan Kesederhanaan Global.Datuk Seri Jamil turut menegaskan betapa pentingnya Malaysia memperluaskan dan mengukuhkan hubungan dengan Iran sebagai sebuah negara Islam.Menteri agama tersebut turut mengalu-alukan usulan Ayatullah Hadavi untuk menganjurkan persidangan yang sama tentang Haji, pendekatan antara agama-agama dan perpaduan umat Islam.Ayatullah Hadavi turut menyatakan bahawa persidangan global seperti ini membantu menyinarkan semangat Islam ke seluruh dunia.Beliau turut menceritakan pencapaian cemerlang Iran dalam mencipta dan mempromosikan pendekatan antara agama-agama di dalam dunia termasuklah perpaduan umat Islam. Sementara itu Iran bersedia melatih pelajar agama dari Malaysia di dalam pusat teologinya.