16 Februari 2012 - 20:30

Penduduk Benghazi menyalakan api untuk menyambut ulangtahun pertama revolusi mereka menjatuhkan regim diktator negara Libya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Penduduk Benghazi menjadi warga Libya yang mula-mula manyambut ulangtahun pertama revolusi manjatuhkan regim diktator mereka. Dengan menyalakan api dan menghentak kaki, seluruh kota tersebut menjadi meriah pada malam tadi.Hari ini genaplah setahun pertama rakyat Libya memulakan gerakan memerangi Ghaddafi. Sempena hari bersejarah ini ribuan penduduk Bengazi, kota kedua terbesar di Libya membawa obor berarak menuju ke bulatan Al-Tahrir untuk menyambut kemenangan mereka di sana.Dalam acara sambutan ini, beberapa orang pegawai tempatan dan aktivis revolusi memberikan ucapan kepada penduduk awam. Di antaranya ialah Al-Haj Muhammad Al-Mukhtar, anak lelaki Syaikh Umar Mukhtar, wira lagenda yang memperjuangkan kemerdekaan Libya dari penjajah Itali. Dalam sambutan ini, beliau berdoa mudah-mudahan penduduk Libya sentiasa seperti Umar Mukhtar.