Salah satu karakter jelas pada Ibnu Taimiyah ialah menentang dan berseteru secara terbuka dengan Ahlul Bait Rasulullah (s.a.w) seperti Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (a.s). Kebiadaban beliau terhadap Ali, Fatimah dan Ahlul Bait yang lain terlalu banyak keterangannya di mana beberapa perkara tersebut akan ditampilkan di sini sebagai rujukan. Sebelum memulakan perbahasan ini, kita hendaklah memahami makna dan hukum nasibi menurut Ahlusunnah Wal Jama’ah terlebih dahulu supaya jelas, apakah Ibnu Taimiyah boleh dikatakan seorang nasibi atau tidak.
Al-Zubaidi di dalam kitab Taj Al-‘Arus berkata:النواصب ، والناصبية ، وأهل النصب : وهم المتدينون ببغضة سيدنا أمير المؤمنين ويعسوب المسلمين أبي الحسن علي بن أبي طالب ، رضي الله تعالى عنه وكرم وجهه ؛ لأنهم نصبوا له ، أي : عادوه .تاج العروس ، ج2 ، ص436 ، ماده «نصب» .Al-Nawasib, dan Al-Nāṣibiyyah, dan Ahl Al-Naṣb: Mereka menjadikan agama mereka sebagai kebencian terhadap Saidina Amīrul Mu’minīn, raja umat Islam Abī Al-Ḥasan ʻAlī bin Abī Ṭālib, RaḍiyaLlāhu ʻAnhu, kerana mereka mempunyai nasibi kepadanya, iaitu perseteruan.Tāj Al-ʻArūs, jilid 2 halaman 436
Ibnu Ḥajar Al-ʻAsqalānī menulis:والنصب، بغض علي وتقديم غيره عليه . مقدمة فتح الباري ، ص460 .
Naṣibī ialah kebencian kepada ‘Alī dan mendahulukan yang lain (Muʻawiyah) ke atas nya.
Ḥasan bin Farḥān Mālikī, salah seorang ulama Arab Saudi menulis:
النصب فهو كل انحراف عن على واهل البيت سواء بلعنه أو تفسيقه ، كما كان يفعل بعض بنى أمية أو بالتقليل من فضائله كما يفعل محبّوهم أو تضعيف الأحاديث الصحيحة في فضله أو عدم تصويبه في حروبه أو التشكيك فى شرعيّة خلافته وبيعته أو المبالغة فى مدح خصومه ، فهذا وأمثاله هو النصب .نحو إنقاذ التاريخ الإسلامي ، ص 298، الناشر مؤسسة اليمامة الصحفيّة ، الاردن ، ط . 1418 هجرية .
Naṣb adalah setiap penyimpangan terhadap ʻAlī dan Ahlul Bait samada melaknatnya atau menganggapnya sebagai fāsiq, sepertimana yang dilakukan oleh sebahagian Banī Umayyah, atau juga mengurangkan kelebihan beliau, sebagaimana yang dilakukan oleh mereka yang menyintai mereka (Banī ʼUmayyah), atau menḍaʻifkan hadis-hadis sahih tentang kelebihannya, atau menganggap ʻAlī tidak betul dalam peperangannya (Ṣiffīn dan Nahrawān), atau mengesyaki kekhalifahannya yang sah menurut hukum syarak dan mengesyaki pembaiatan terhadapnya, atau berlebih-lebihan dalam memuji musuh beliau, maka orang ini dan sepertinya adalah Al-Naṣb. - Nahu Inqādh Al-Tārīkh Al-Islāmī, halaman 298.
Mengenai hukum nāṣibī, ulama besar Ahlusunnah seperti Ibnu Ḥabbān menulis:
أن رسول الله (صلى الله عليه وآله وسلم) قال : والذي نفسي بيده لا يبغضنا أهل البيت رجل إلا أدخله الله النار .صحيح ابن حبان، ج15 ص435 .
Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) bersabda: Demi jiwaku ditanganNya, tidak seorang pun yang membenci kami Ahlul Bait melainkan Allah memasukkannya ke dalam neraka. - Ṣaḥīḥ Ibnu Ḥabbān, jilid 15 halaman 435.
Ḥākim Nishabūrī setelah menukilkan hadis ini menulis:
هذا حديث صحيح على شرط مسلم ولم يخرجاه .المستدرك: ج3 ص162، تحقيق: مصطفى عبد القادر عطا، ط1 سنة 1990، دار الكتب العلمية – بيروت .
Hadis ini sahih menurut syarat Muslim dan kedua-dua mereka (Al-Bukhārī dan Muslim) tidak pernah mengeluarkannya. - Al-Mustadrak, jilid 3 halaman 162.
Al-Bānī, salah seorang ulama Wahhabi di zaman ini turut menukilkan hadis ini di dalam kitab Al-Silsilah, jilid 5 halaman 643 (السلسلة ، ج5 ص643، مكتبة المعارف – الرياض).
Terdapat banyak lagi riwayat yang menunjukkan bahawa barangsiapa yang di dalam hatinya ada perasaan benci terhadap Ahlul Bait Nabi, maka status kelahirannya diragui. Menurut Ḥafiẓ Ḥamwainī di dalam kitab Farā’d Al-Samṭayn:
عن زيد بن يثيع قال سمعت أبا بكر الصديق يقول: قال: رأيت رسول اللّه (ص) خيّم خيمة وهو متكئ على قوس عربيّة، وفي الخيمة علي وفاطمة والحسن والحسين فقال: «معشر المسلمين أنا سلم لمن سالم هل الخيمة، حرب لمن حاربهم، ولي لمن والاهم، لا يحبّهم إلاّ سعيد الجد طيب المولد، ولا يبغضهم إلاّ شقي الجد رديء المولد»، فقال رجل يازيد أ أنت سمعت منه؟ قال: أي وربّ الكعبة. فرائد السمطين ، ج2 ، ص40 ، ح 373 و المناقب ، الخوارزمي ، ص 297 ، ح 291 (211) و جواهر المطالب ، محمد بن الدمشقي الشافعي ، ج1 ، ص174 .
Diriwayatkan daripada Zayd bin Yathīyʻ, beliau berkata aku mendengar bahawa Abu Bakar Al-Ṣiddīq berkata: Aku telah melihat Rasulullah (s.a.w) mendirikan khemah sambil menyandang panah. Di dalam khemah ada Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Maka baginda bersabda: Wahai kaum muslimin! Aku damai dengan orang yang sejahtera dengan penghuni khemah, aku perangi orang yang memerangi mereka, aku pemimpin bagi mereka yang mengangkat mereka sebagai pemimpin, tidak ada yang menyintai mereka kecuali leluhurnya yang bahagia dan ia dari kelahirannya baik. Tidak membenci mereka kecuali leluhurnya yang celaka dan kelahirannya adalah durjana. Seorang lelaki pun bertanya: Wahai Zaid, benarkah engkau sendiri mendengarnya daripada baginda? Beliau menjawab: Benar, demi Tuhan Kaʻbah. - Farāʼid Al-Samṭayn, jilid 2 halaman 40, hadis 373; Al-Manāqib Al-Khawārizmī, halaman 297, hadis 291; Jawhar Al-Maṭālib, Muḥammad bin Al-Dimashqī Al-Shāfiʻī, jilid 1 halaman 174.
Ibnu Murdawayh turut menulis:
عن عبد الله بن أحمد بن حنبل ، عن أحمد ، قال : سمعت الشافعي يقول : سمعت مالك بن أنس يقول : قال أنس بن مالك : ما كنا نعرف الرجل لغير أبيه إلا ببغض علي ابن أبي طالب .مناقب علي بن أبي طالب (ع) وما نزل من القرآن في علي (ع) - أبي بكر أحمد بن موسى ابن مردوية الأصفهاني - ص 76 .
Diriwayatkan daripada ʻAbdullah bin Ahmad bin Hanbal, daripada Ahmad yang berkata: Aku telah mendengar Malik bin Anas berkata: Kami tidak mengenali seorang lelaki yang tidak berbapakan ayahnya kecuali dengan kecuali ia membenci Ali bin Abi Talib. - Manāqib ʻAlī bin Abī Ṭalib Wa Ma Nazzala minal Qurʼan Fi ʻAlī, Abī Bakr Aḥmad bin Mūsā Ibnu Mardawiyyah Al-Iṣfahānī, halaman 76.
Oleh itu neraca timbangan suci atau tidak suci kelahiran seseorang itu ialah kasih dan bencinya terhadap Ali bin Abi Talib (a.s). Barangsiapa yang menyintai Ali, maka status kelahirannya adalah suci. Namun barangsiapa yang membenci Ali, maka beliau lahir sebagai anak luar nikah. Terdapat berpuluh-puluh riwayat mengenai perkara ini di dalam sumber-sumber Ahlusunnah. Namun memadailah hanya dua riwayat dikemukakan di sini.
Setelah memahami noktah-noktah penting yang diingatkan di sini, marilah kita lihat ucapan Ibnu Taimiyah mengenai Nabi (s.a.w), Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib dan Ahlul Bait.
Ibnu Taimiyah menganggap ayahanda Nabi (s.a.w) sebagai kafir:
Di dalam kitab Majmūʻ Al-Fatawā, Ibnu Taimiyah menulis:
التوسل بدعائه وشفاعته ينفع مع الايمان به، واما بدون الايمان به فالكفار والمنافقون لا تغنى عنهم شفاعه الشافعين فى الاخره، ولهذا نهى عن الاستغفار لعمه وابيه وغيرهما من الكفار !.
Tawassul dengan doa baginda (Nabi s.a.w) dan dengan syafaat baginda memberi manfaat bersama keimanan kepadanya. Namun tanpa iman kepadanya, maka orang kafir dan munafik tidaklah mendapat syafaat pemberi syafaat di hari akhirat. Oleh itu tidak dibenarkan beristighfar untuk pakcik dan ayah baginda termasuk orang kafir selain daripada mereka berdua.
Sebagai tambahan, Ibnu Taimiyah berkata:
وقد يدعو لبعض الكفار بأن يهديه اللّه او يرزقه، فيهديه او يرزقه، كما دعا لأمّ أبى هريرة حتى هداها اللّه ! . وكما دعا لدوس - قبيلة ابى هريرة - فقال: «اللهم اهد دوسا وائت بهم» فهداهم اللّه ! . مجموع الفتاوى ، ج1 ، ص145 و التوسل والوسيلة ، ص 7.
Kadangkala baginda berdoa untuk sebahagian orang kafir supaya Allah memberi hidayah kepadanya, seperti mana baginda berdoa kepada ibu Abu Hurairah sehingga Allah memberi hidayah kepadanya!.. - Majmuʻ Al-Fatāwā, jilid 1 halaman 145; Tawassul Wal Wasīlah, halaman 7.
Apakah kedudukan orangtua Abu Hurairah lebih mulia daripada ayah Nabi? Artikel ini bukanlah ingin membuktikan keimanan ayah dan ibu para nabi secara terperinci, namun cukuplah diringkaskan di sini sebagai berikut:
Fakhruddin, ahli tafsir terkenal Ahlusunnah ketika membuktikan Azar sebagai bapa saudara Nabi Ibrahim mengatakan:
أن آباء الأنبياء ما كانوا كفارا ويدل عليه وجوه : منها قوله تعالى : * ( الذي يراك حين تقوم * وتقلبك في الساجدين ) * ( الشعراء : 218 ، 219 ) . قيل معناه : إنه كان ينقل روحه من ساجد إلى ساجد وبهذا التقدير : فالآية دالة على أن جميع آباء محمد عليه السلام كانوا مسلمين .
Sesungguhnya bapa-bapa para nabi bukanlah orang kafir, dan banyak dalil yang menunjukkan perkara ini seperti firman Allah Taʻala:
Yang melihatmu semasa engkau berdiri. Dan gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud. (Surah Al-Shuʻaraʼ, ayat 218-219)
Dikatakan makna ayat ini ialah: Sesungguhnya roh Rasulullah berpindah daripada seorang yang sujud kepada orang yang sujud. Dengan ini, ayat tersebut menunjukkan bahawa seluruh bapa-bapa Muhammad (a.s) adalah orang Islam.
Sebagai tambahan, beliau menulis:
ومما يدل أيضا على أن أحدا من آباء محمد عليه السلام ما كان من المشركين قوله عليه السلام : " لم أزل أنقل من أصلاب الطاهرين إلى أرحام الطاهرات " وقال تعالى : * ( إنما المشركون نجس ) * ( التوبة : 28 ) وذلك يوجب أن يقال : إن أحدا من أجداده ما كان من المشركين .تفسير الرازي - الرازي - ج 13 - ص 39 .
Petunjuk bahawa tidak seorang pun bapa-bapa Muhammad (a.s) itu musyrik ialah baginda bersabda: Aku sentiasa berpindah dari tulang-tulang sulbi yang suci, ke rahim-rahim yang suci. Allah (s.w.t) berfiman: Hanyasanya orang musyrikin adalah najis (Surah Taubah, ayat 28), oleh itu hendaklah dikatakan tidak seorangpun nenek moyang baginda yang musyrik. - Tafsir Al-Razi, jilid 13 halaman 39.
Al-Alusi turut memberi pandangannya tentang perkara ini:
قال الآلوسي: أنّه ليس فى آباء النبي صلى اللّه عليه وسلّم كافر أصلا لقوله (ع) «لم أزل انقل من اصلاب الطاهرين الى ارحام الطاهرات». والمشركون نجس، وتخصيص الطهارة بالطهارة من السفاح لا دليل له يعول عليه والعبرة لعموم اللفظ لا لخصوص السبب. وقد ألّفوا في هذا المطلب الرسائل واستدلّوا له بما استدلوا والقول بأنّ ذلك قول الشيعة كما ادعاه الإمام الرازي ناشيء من قلّة التتبع .تفسير الآلوسي ، ج7 ، ص195.
Al-Alusi berkata: Sesungguhnya tidak seorang pun bapa-bapa Nabi (s.a.w) yang kafir kerana baginda bersabda: Aku sentiasa berpindah dari tulang-tulang sulbi suci ke rahim-rahim yang suci. Orang-orang musyrik adalah najis, dan tidak ada dalil untuk disandarkan dengan pengkhususan kesucian itu sebagai suci dari zina. Perkara ini adalah lafaz yang umum, bukan khusus. Banyak makalah-makalah telah ditulis tentang perkara ini dengan menggunakan dalil-dalil. Pendapat bahawa itu hanyalah kata-kata Syiah (seperti juga yang didakwa oleh Imam Fakhruddin Al-Razi) adalah akibat daripada kurang penyelidikan. - Tafsir Al-Alusi, jilid 7 halaman 195
Selain daripada ini semua, Al-Ṣaliḥī Al-Shāmī dan Al-Rashād menulis:
وسئل القاضي أبو بكر بن العربي أحد الأئمة المالكية رحمه الله تعالى عن رجل قال : إن أبا النبي صلى الله عليه وسلم في النار . فأجاب : بأن من قال ذلك فهو ملعون لقوله تعالى : ( إن الذين يؤذون الله ورسوله لعنهم الله في الدنيا والآخرة ) قال ولا أذى أعظم من أن يقال عن أبيه : إنه في النار .سبل الهدى والرشاد - الصالحي الشامي - ج 1 - ص 260 .Al-Qādī Abū Bakr bin Al-ʻArabī, salah seorang Imam Al-Mālikiyyah ditanya tentang seseorang yang berkata: Sesungguhnya bapa Nabi (s.a.w) di dalam neraka. Maka beliau menjawab: Barangsiapa yang berkata berkata demikian, maka ia dilaknat kerana Allah (s.w.t) berfirman: Barangsiapa yang menyakiti Allah dan RasulNya, mereka itu dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat. Beliau berkata: Tiada yang lebih besar menyakiti baginda dengan mengatakan tentang ayahnya: Bahawa ia di dalam neraka.
Dan riwayat ini menjadikan laknat dan kekafiran orang yang mempunyai kepercayaan bahawa ayah-ayah Nabi adalah kafir.
Mengingkati kelebihan Ahlul Bait:
Ibnu Taimiyyah tidak segan silu mengingkari kelebihan keluarga Rasulullah (s.a.w). Selain itu ia turut menganggap kepercayaan tentang kelebihan Ahlul Bait Rasulullah (s.a.w) daripada orang lain adalah pemikiran jahiliyah dan Yahudi. Ia berkata:
وإنما قال من فيه أثر جاهلية عربية أو فارسية إن بيت الرسول أحق بالولاية لكون العرب كانت في جاهليتها تقدم أهل بيت الرؤساء وكذلك الفرس يقدمون أهل بيت الملك منهاج السنة ، ج 6 ، ص456.
Hanyasanya orang yang dipengaruhi kesan jahiliyah Arab atau Parsi berkata: Sesungguhnya keluarga Rasulullah lebih berhak dalam kepimpinan, seperti mana bangsa Arab jahiliyah mengutamakan Ahlul Bait sebagai ketua. Demikian juga bangsa Parsi mengutamakan keluarga diraja sebagai ketua.
Di tempat lain ia mengatakan:قالت اليهود لا يصلح الملك إلا في آل داود وقالت الرافضة لا تصلح الإمامة إلا في ولد عليمنهاج السنّة ، ج1 ، ص25.
Yahudi mengatakan, tidak sesuai menjadi raja kecuali daripada kalangan keluarga Daud. Rafidhah (Syiah Imamiyah) pula berkata, tidak sesuai menjadi imam kecuali daripada anak-anak Ali. - Minhāj Al-Sunnah, jilid 1 halaman 25.
Hakikatnya, Ibnu Taimiyyah berkata demikian kerana mengingkari dan memprotes Allah (s.w.t) kerana terlalu banyak ayat-ayat Al-Quran menjelaskan kelebihan Ahlul Bait Nabi daripada orang lain. Cukuplah beberapa ayat ditampilkan di sini secara ringkas:
Setelah menyebut 18 orang para Nabi, Allah (s.w.t) berfirman:
وَ كُلاًّ فَضَّلْنَا عَلىَ الْعَلَمِينَ(86) وَ مِنْ ءَابَائهِمْ وَ ذُرِّيَّاتهِمْ وَ إِخْوَانهِمْ وَ اجْتَبَيْنَاهُمْ وَ هَدَيْنَاهُمْ إِلىَ صرِاطٍ مُّس