5 Mac 2012 - 01:42

Sejak Jumaat lalu, penunjuk perasaan berikrar akan meneruskan demonstrasi sehingga kerajaan Saudi membebaskan mereka yang tidak bersalah dari penjara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sejak minggu lalu wilayah Qatif menyaksikan serangan besar-besaran pasukan polis Saudi ke rumah penduduk yang membawa penangkapan 20 para pemuda revolusi rantau ini.

Laporan terbaru menyatakan Abdullah Ali Al-Milad baru ditangkap di perkampungan Buhara.

Di kampung yang sama, pasukan polis dilaporkan melepaskan tembakan jarak dekat ke arah remaja 18 tahun, Abdullah Zahid berhampiran Medan Karamat, Awwamiyah.

Antara mereka yang baru ditangkap ialah Syeikh Fadhil Al Ruqayyah.

Jumaat lalu, demonstrasi besar diadakan di Qatif dan beberapa wilayah lain yang bertemakan 'Bersemuka dengan orang zalim'. Penunjuk perasaan berjanji akan meneruskan demonstrasi sehingga tuntutan mereka dipenuhi.