Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sesi ke-empat dialog Islam-Kristian telah berlangsung di Universiti De La Salle, Filiphina dengan tema "Agama, Kesedaran dan Perkembangan" pada hari Khamis lalu.
Forum ini dihadiri ramai tokoh agama, mazhab, mahasiswa Islam dan Kristian, serta Konsul Kebudayaan Kedutaan Iran di Manila.
Timbalan Presiden Universiti De La Salle, Dr. Bernard, menganggap forum dialog ini adalah suatu kebanggaan untuk pihaknya dengan mengatakan, "Penganjuran forum seperti ini adalah langkah besar yang positif untuk kesedaran, kefahaman dan kerjasama antara satu sama lain, selain manjadi suatu peluang untuk kita lebih saling mengenali.
"Ada bangsa yang tidak melaksanakan perdamaian yang mengakibatkan ada di antara beberapa agama saling tidak berkerjasama dan tidak berdamai."
Duta Republik Islam Iran, Ali Reza Muhammadi dalam ucapannya turut mengatakan, "Tema dialog ini dianggap sangat penting di mana dunia hari ini memberikan tumpuan kepada jalan penyelesaian terhadap masalah dan ketidak stabilan.
"Sebenarnya Wall Street, pergerakan kebangkitan Islam di rantau Timur Tengah telah menyediakan jawapan di mana semua orang sedang mencari jalan penyelesaian masalah dari arah pemikiran dan pendidikan agama. Ianya berkaitan dengan perubahan yang terjadi di Iran 33 tahun lalu, dan hari ini kita saksikan pendekatan dan tumpuan kepada agama itu juga terjadi di beberapa negara."
Beliau turut memberikan penerangan tentang kejayaan dialog antara agama dan mazhab di Republik Islam Iran serta politik Iran dalam memainkan peranan mendamaikan dan menstabilkan dunia. Duta ini juga turut berharap Iran dan Filiphina mampu melaksanakan lebih banyak dialog dan berbagai program seperti forum ini.
Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran turut memberikan ucapan dengan mengatakan, "Agama Ilahi, peraturan-peraturan maknawi dan pesanan dalam menyampaikan risalah bimbingan serta kesedaran telah memberikan pedoman kepada manusia dari kehidupan beragama dan makmawinya untuk mencapai kebahagiaan dan ketinggian (hidup).
"Sebaik sahaja manusia hilang falsafah dan pemikiran hidup, serta terpenjara dalam kubangan khurafat atau di dalam sebuah zaman yang tidak tahu apa-apa tentang perkembangan tamadun, agama dan peraturan Ilahi mengurniakan spiritual kehidupan serta suara hati kesedaran yang bernilai. Insan di dalam naungan maknawi dan wahyu dianggap mampu berada di puncak-puncak tertinggi makrifat, kebudayaan dan tamadun.
"Dengan kewujudan seluruh kemajuan dan kerumitan sendiri, masyarakat sehingga hari ini masih terhutang budi dengan spiritual kehidupan, kebangkitan, kedalaman maknawi yang diajar oleh agama-agama Ilahi serta falsafah peraturan-peraturan maknawi."
