25 April 2012 - 17:51

Left. Gen. Dhahi Khalfan memperalatkan termakata Sunni untuk membantu kekejaman Al Khalifah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketua Polis Dubai, Dhahi Khalfan Tamim dalam Twitternya mengusulkan regim Al Khalifah agar membentuk sebuah pasukan relawan daripada Ahlusunnah untuk menyuraikan tunjuk perasaan rakyat Bahrain.

Usulan berbaur sentimen mazhab ini menyebabkan kemarahan pejuang-pejuang revolusi Bahrain dan penduduk rantau tersebut yang dianggap cuba mencetuskan perang saudara antara Syiah dan Sunni yang selama ini hidup dalam keadaan aman damai.

Left. Gen. Dhahi meluahkan rasa kebencian terhadap revolusi ini dengan memperalatkan termakata 'Sunni' setelah setahun lamanya kerajaan Saudi membantu regim Al Khalifah untuk melakukan kezaliman terhadap penunjuk perasaan.

Tindakan ketua polis ini menimbulkan tanda tanya, apakah permohonannya untuk memerangi Syiah di Bahrain (seperti yang dinyatakannya) bermaksud telah bermula kerjasama antara polis Emirates dan regim Al Khalifah untuk melanggar hak asasi manusia?

Khalfan di dalam Twitternya menyatakan:

Saya mengusulkan agar kerajaan Bahrain mengambil pasukan sukarela daripada Ahlusunnah Teluk untuk  melibatkan diri dalam pasukan anti-rusuhan dalam mempertahankan keamanan.