Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah al-Uzma Husain Nuri Hamdani kelmarin dalam pesanannya menganggap persidangan NAM ke-16 adalah mesej perdamaian, kestabilan, keadilan, persahabatan dan kegagalan komplot Barat yang memalukan dalam penyisihan Republik Islam Antarabangsa di arena global.
Pesanan beliau adalah seperti berikut:
بسم الله الرحمن الرحیم
Dengan ucapan salam dan terima kasih atas kedatangan tuan-tuan, kehadiran kalian merupakan mesej perdamaian, kestabilan, keadilan, persahabatan. Kami menghargai keputusan anda mewujudkan gerakan-gerakan dengan cara membangunkan potensi, kebebasan penuh, kemerdekaan bangsa dan kebangkitan menghadapi pergerakan negara imperialis.
Semoga Allah membantu kalian, mengurniakan kebaikan serta menambahkan taufikNya
Hingga kini, saya mohon beberapa perkara ini sampai kepada anda semua:
1. Kehadiran tuan yang dihormati di Umm al-Qura gerakan-gerakan Islam alamdulillah realitinya jelas sekali iaitu telah memadamkan rancangan jahat anti-revolusi, badan perisikan dan beberapa negara Barat yang berhasrat meruntuhkan pemerintahan Islam serta menyisihkan Republik Islam.
2. Diharapkan prinsip ini iaitu orang awam perlu mendaftarkan diri dengan keyakinan, sikap berdikari, perkembangan minda dan budaya. Dengan ini tidak ada orang lain yang berhak masuk campur dalam urusan peribadinya walau sebesarmana pun keseriusannya.
Kami menegaskan tentang prinsip ini ke atas Syria, iaitu biarkanlah ia menentukan nasibnya sendiri dengan mengadakan pilihanraya yang disokong oleh penduduknya. Kami memberikan jawapan dengan mengecam terhadap isu Bahrain yang menyuraikan tuntutan rakyatnya dengan pertumpahan darah dan pemenjaraan.
3. Konflik perbezaan mazhab dan kaum dalam bentuk apa pun adalah racun yang membinasakan. Diharap perserta perhimpunan yang dihormati dapat mengambil keputusan yang sesuai dengan pedoman yang jelas menyelesaikannya.
4. Berasaskan prinsip Islam, penggunaan tenaga nuklear untuk keamanan sama seperti hak anugerah ciptaan untuk semua bangsa-bangsa. Penghalangan nikmat ini adalah suatu kezaliman. Manakala penggunaan tenaga nuklear untuk bukan keamanan dalam apa jua bentuknya menurut pandangan ulama Islam adalah haram. Diharap peserta persidangan mengambil keputusan yang tegas dalam rangka melucutkan senjata nuklear dan kimia di seluruh dunia.
5. Salah satu matlamat penting peserta persidangan ini ialah bagaimana menghadapi penindasan, imperialisme dan penjajahan seperti perang Vietnam, perang di Iraq baru-baru ini dan hari ini di Afghanistan serta Pakistan. Begitu juga di tempat-tempat lain yang dapat kita saksikan terutama sekali regim Israel yang menjadi pusat kejahatan dan bahaya. Dengan mengusir penduduk dari tanah air mereka, menumpahkan darah, membunuh kanak-kanak dan wanita, memusnahkan rumah-rumah, mencetuskan perselisihan dengan sokongan kuasa angkuh dunia masih berleluasa. Dengan taufik Allah hendaklah satu ketetapan diputuskan untuk punca segala krisis ini.
Akhirnya hari ini semua orang yang ditindas dan golongan yang lemah mengharapkan keputusan anda semua. Dengan taufik Allah dan perhatian tuan-tuan sekalian, mereka menanti perlaksanaan tuntutan-tuntutan.
Semoga Allah memberi bantuan kepada anda semua dan bakti tuan-tuan kepada seluruh manusia adalah yang terbaik. Akhir sekali, kami menganggap pemerintahan Iran adalah berhati rakyat dan kerajaan Islam di bawah pengurusan kepimpinan rahbar yang utuh. Kami juga menganggap pemerintahan seperti ini adalah kelestarian jalan nabi dan wali Allah, dan kami menyokong pentadbiran kerajaan sekarang.
Semoga Allah memberi kejayaan kepada kami dengan taufikNya
Husain Nuri Hamdani
03/08/2012