7 Oktober 2012 - 20:30

Meskipun tempoh yang diberikan pengganas Syria untuk membunuh 48 tebusan Iran sudah berakhir, usaha Iran, Syria dan Turki untuk meyelamatkan mereka masih diteruskan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Timbalan Menteri Luar untuk Perundangan dan Parlimen Iran memberikan kabar terkini tentang usaha global untuk menyelamatkan tebusan Iran di Syria dengan berkata, "Kami harap usaha kami dapat membebaskan warga Iran yang diculik di Syria seperti mana pembebasan warga Iran di Libya."Qashqawi dalam wawancara televisyen malam tadi berkata, "Dalam perbualan kami dengan Menteri Luar Turki Davutoğlu beliau berkata, pihaknya bersaha menyelamatkan nyawa tawanan Iran."Tambah beliau lagi, "Kami juga turut menasihati Menteri Luar Syria Walid al Muallem dan beliau juga yakin peristiwa tidak diingini tidak akan terjadi atas usaha agensi-agensi kerajaan negara ini.""Usaha terperinci untuk hasil keputusannya tidak dapat didedahkan," ujar beliau.Sementara itu Amir negara Qatar Jasim bin Hamad bin Khalifa Al Thani turut menggesa pemberontak Syria agar tidak membunuh penziarah Iran.Pengganas Syria yang mempunyai hubungan rapat dengan Askar Pembebasan Syria memaklumkan pada hari Jumaat lalu sekiranya 48 anggota pengganas mereka yang berada di penjara tidak dibebaskan, semua 48 orang penziarah Iran ini akan dibunuh.