17 Oktober 2012 - 20:30

Pemimpin tertinggi Revolusi Islam Iran Sayid Ali Khamenei berkata sekatan Barat tidak akan membuatkan rakyat Iran melutut kepada kuasa dominasi dunia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Sayid Ali Khamenei berkata, "Mereka masih berkata punca tekanan ke atas Iran ialah untuk memaksa Republik Islam kembali ke meja rundingan, namun kami tidak pernah tinggalkan rundingan dalam banyak isu termasuk nuklear".Pemimpin tertinggi Revolusi Islam Iran berkata demikian kepada ribuan penduduk di Utara Khorasan pada hari Selasa lalu.Beliau turut menyatakan objektif utama permainan politik ini ialah ingin membuatkan Iran menyerah kalah di meja rundingan. Turut ditekankan beliau ialah rakyat Iran tidak akan tunduk kepada permintaan musuh mereka.Beliau turut menyentuh mengenai pengaruh Zionis terhadap Barat dan media Eropah dengan mengatakan, "Media-media ini menyampaikan laporan berita, petunjuk dan inisiatif dengan cara itu. Ahli politik Barat juga dipengaruhi mentera mereka, dan ini merupakan noktah penting."Khamenei turut memberi amaran bahawa sebarang unsur perpecahan adalah bertentangan dengan kepentingan Iran serta menjadi rintangan terhadap kemajuan dan martabatnya.Pada hari Isnin lalu, menteri-menteri luar Kesatuan Eropah mencapai kata sepakat untuk mengadakan sekatan ekonomi fasa kedua buat Iran sekalipun PBB memberikan amaran bahawa tindakan ini bakal mewujudkan krisis kemanusiaan.