Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sumber keselamatan Iraq hari ini mengumumkan 8 orang pengikut Ahmad bin Hasan yang mengaku sebagai al-Yamani telah diberkas pagi tadi. Mereka ini dipercayai sedang menyebarkan risalah fahaman Ahmad bin al-Hasan kepada para penziarah Karbala.Ahmad Al-Hasan lahir di Bashrah (Selatan Iraq), mendapat ijazah dalam bidang kejuruteraan awam. Setelah berpindah ke Najaf, dia mengaku sebagai utusan Imam Mahdi dan menyebarkan fahamannya sejak tahun 2002.
Ahmad al-Hasan yang mengaku sebagai al-YamaniSementara itu, ketua operasi al-Furat al-Awsath General Othman al-Ghanimi berkata, "Pasukan keselamatan di bawah operasi al-Furat al-Awsath berjaya melupuskan 10 bungkusan bahan ledakan, mematikan 6 alat letupan, menangkap 88 suspek yang dikehendaki di berbagai tempat dalam wilayah Karbala."
30 Disember 2012 - 20:30
News ID: 377344
Pihak berkuasa Iraq menangkap 8 pengikut Ahmad Hasan yang mengaku sebagai al-Yamani ketika menyebarkan risalah dalam perarakan penziarah di Karbala.