17 Januari 2013 - 15:11

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) Abdul Ghani Shamsuddin berkata integriti mazhab-mazhab punca kekuatan dan kemajuan dunia Islam.






Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) Abdul Ghani Shamsuddin berkata integriti mazhab-mazhab menjadi asas kekuatan dan kemajuan dunia Islam.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan bersama Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran pada hari Jumaat lalu. Sambil menceritakan kenangan dalam pertemuan dan dialognya bersama Ayatullah Ali Tashkhiri suatu ketika dahulu, beliau menyatakan rasa bersyukur atas kegigihan pengerusi Lembaga Pendekatan Antara Mazhab tersebut dalam mendekatkan persaudaraan sesama Islam. Kata beliau lagi, gerakan pemecah belah umat Islam hari ini terjadi akibat kemasukan unsur kuasa angkuh dunia sedangkan perkara ini bertentangan dengan pandangan umat Islam di Malaysia.

Tegas beliau lagi, "Mazhab Ahlusunnah yang empat, Syiah Imamiyah Ithna Asyari, Zaidiyah, Ibadhiyah dan Zhahiriyah telah diiktiraf secara rasmi sebagai umat Islam, tidak ada sesiapapun yang berhak mengkafirkan atau menghina mereka.

Sambil menyatakan betapa pentingnya dialog dan bertukar pendapat di kalangan umat Islam, beliau berkata, "Memperbaharui tanggapan yang salah merupakan sebuah kewajipan di dalam agama.

"Iran merupakan negara yang bersetuju dalam perkara ini, dan ulama Iran menentang sebarang kuasa yang cuba mempengaruhi masyarakat," ujar beliau.

Pihak Konsul Kebudayaan turut menerangkan beberapa kemelut terkini yang wujud di dalam berbagai negara seperti Syria dan Mesir, begitu juga usaha musuh dalam mencetuskan perpecahan di kalangan masyarakat. Oleh itu perpaduan umat, usaha mencapai matlamat bersama dan memanfaatkan persamaan yang selaras dengan kedudukan masyarakat, politik, kebudayaan dunia Islam sudah menjadi suatu kewajipan.

Dr. Ali Akbar Ziya'i berkata, "Republik Islam Iran sudah bersedia untuk menganjurkan persidangan bersama bagi mendekatkan pandangan dan pemikiran antara kedua-dua belah pihak."

Baginya menubuhkan sebuah NGO untuk menggalakkan budaya pendekatan antara mazhab atas dasar keperluan kerjasama dan interaksi untuk mewujudkan perpaduan dalam dunia Islam merupakan suatu keperluan.


Di akhir pertemuan Pengerusi Shura mengalu-alukan sebarang kerjasama dalam perkara ini sambil menganggap membela umat Islam dari mana-mana mazhab merupakan sebuah kewajipan. 

"Matlamat Barat ialah menghalang Iran dari memperolehi haknya dan para ulama dunia Islam hendaklah tidak berputus asa dalam memperkasakan Islam dan ummatnya," tutur beliau.