Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Rakyat Bahrain melangsungkan acara memperingati kematian seorang pemuda berusia 20 tahun di Al-Nabe al-Shaleh walaupun pihak hospital enggan menyerahkan jenazahnya.
Penduduk di kawasan Karzakan, Abu Shaiba dan al-Deraz turut mengusung keranda kosong sebagai tanda kesetiakawanan dan simpati terhadap keluarga beliau selain mengecam kekejaman regim Bahrain sehingga menyebabkan kematian pemuda ini.
Mahmud Isa al-Jaziri, 20 tahun telah ditembak dengan peluru kacang-kacang oleh polis regim dalam satu tunjuk perasaan pada 14 Februari lalu sehingga memdapat kecedaraan yang parah. Beliau disahkan terkorban pada pagi Jumaat lalu di sebuah hospital.