5 Mac 2013 - 20:30

Sambil mengutuk keras serangan pengganas di Karachi baru-baru ini, Iran meminta masyarakat antarabangsa melancarkan kempen serius anti terrorisme.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Iran mengeluarkan kenyataan yang mengutuk keras serangan pengganas baru-baru ini di Karachi yang mengorbankan sekurang-kurangnya 45 orang baru-baru ini.

Kementerian Luar Iran dalam kenyataan yang dikeluarkannya pada hari Isnin lalu, pihaknya menyatakan rasa simpati terhadap keluarga mangsa sambil menambah bahawa gerakan pengganas sedang berbakti dengan musuh yang ingin memudaratkan negara Pakistan.

Kejnyataan itu juga menggesa kerajaan Pakistan dan tokoh agama terkemuka negara ini mengambil tindakan sepatutnya bagi mencegah serangan yang sama pada masa akan datang.

Selain itu, masyarakat antarabangsa juga diminta memainkan peranan yang serius dalam perjuangan menentang keganasan yang menjadi ancaman kepada semua negara.

Pada Ahad lalu, pegawai polis mengumumkan kematian sekurang-kurangnya 45 orang dalam serangan bom di Karachi. Sasaran utama pengganas ialah penduduk Syiah di Abbas Town dan banyak bangunan musnah serta terbakar dalam serangan tersebut.