13 Mei 2013 - 19:30

Pejuang Palestin serang kedudukan Zionis di Golan

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikutan kekalahan kumpulan pengganas yang disokong oleh paksi Barat, Arab dan Turki, pihak berkuasa Syria mengistiharkan medan peperangan anti Zionis di Golan telah terbuka. Di samping itu sebuah pergerakan pembebasan Palestin mengeluarkan kenyataan bahawa kumpulan mereka telah mengirim sekumpulan pejuang yang sekarang ini sedang membantu Syria memerangi Zionis.Dalam kenyataan tersebut, pejuang Palestin menegaskan sayap gerakannya yang bergelar as-Syahid Abdul Qadir al-Husaini diberi tugas menyerang kedudukan radar yang terletak di Golan, berhampiran sempadan Lubnan.Di akhir kenyataannya, gerakan ini mengaku akan meneruskan perjuangan membebaskan Palestin, disamping membela simbol yang dianggap suci menurut agama Islam dan Kristian.