Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketika kegiatan golongan Salafi di Mesir semakin meningkat, Universiti Al-Azhar dijangka akan melancarkan saluran satelitnya demi memerangi kumpulan pelampau tersebut sambil menyebarkan ajaran Islam yang murni.Dr. Ahmad Tayyib berkata, "Al-Azhar sedang berusaha melancarkan saluran satelit secepat mungkin untuk meluaskan ajaran Islam yang sederhana. Program-program saluran ini akan ke udara dalam bulan Julai bersamaan dengan bulan Ramadhan yang mulia."Menurut perancangan Al-Azhar, saluran tersebut akan menayangkan rancangan sejarah, agama, kebudayaan dan kemasyarakatan.Berasaskan penyelidikan akhir Universiti Al-Azhar di Kaherah, 70 peratus penduduk Mesir gemar program-program agama. Selain itu mereka juga didapati mencari rancangan televisyen yang memberikan maklumat agama menerusi fatwa-fatwa bagi menyelesaikan masalah peribadi dan masyarakat.
6 Jun 2013 - 19:30
News ID: 427087
Al-Azhar ingin melancarkan saluran satelit baru untuk memerangi ideologi lain seperti Salafi.