Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ahram Online melaporkan sekumpulan perusuhan yang dikelolakan oleh golongan Salafi Mesir telah menyerang keluarga Syiah di perkampungan Giza atas tuduhan kafir. Dalam keganasan ini perusuh telah membunuh sekurang-kurangnya 4 pengikut mazhab Syiah manakala puluhan yang lain mengalami kecederaan.Keganasan ini dikatakan terjadi pada tengah hari Ahad di perkampungan Abu Muslam, daerah Giza. Antara mereka yang dibunuh termasuklah salah seorang pemimpin Syiah di kawasan tersebut.Menurut saksi, tidak kurang dari 3000 orang terlibat dalam rusuhan tersebut setelah beberapa minggu dihasut oleh para penceramah Salafi.
Perusuh sedang memukul Syiah di kampung Zawya Amu Muslam - gambar: Ahram OnlineLima rumah turut dibakar sepanjang rusuhan. Pihak polis bertindak memindahkan keluarga Syiah yang lain ke tempat yang lebih selamat."Selama tiga minggu syeikh Salafi menyerang Syiah dengan menuduh mereka kafir dan sesat," kata saksi Hazem Barakat yang juga wartawan dan jurugambar yang berada di tempat kejadian, kepada Ahram Online.Barakat sempat melaporkan kejadian tersebut secara online di Twitter, mengambil gambar dan video yang menunjukkan pengikut mazhab Syiah diseret ke jalan dan dipukul. "Saya melihat beberapa orang Syiah ditikam beberapa kali ketika mereka sedang diseret oleh segerombolan orang," kata Barakat.Menurut ketua keselamatan Giza, sekurang-kurangnya empat terbunuh. Sementara itu saksi yang lain berkata tidak kurang 30 orang dipindahkan ke hospital setelah mengalami cedera parah.Antara yang terbunuh ualah Hasan Shehata, tokoh Syiah yang pernah dipenjarakan oleh rejim Mubarak sebanyak 2 kali atas tuduhan menghina agama.Pasukan polis yang terlambat datang dikatakan tidak menghalang serangan. "Mereka seperti orang lain, hanya menonton pembunuhan yang dilakukan tanpa bertindak menghentikannya," kata Barakat."Kami meminta presiden Morsi bertanggung jawab terhadap serangan ini," kata Bahaa Anwar, aktivis Syiah. "Terdapat tidak kurang 3 juta Syiah yang tinggal di Mesir, dan pada hari Sabtu, ketika persidangan solidariti bersama Syria yang dihadiri Morsi di Stadium Kaherah, Syeikh Salafi menghina Syiah dan menghasut kebencian warga Mesir terhadap Syiah," kata Anwar sambil menambah bahawa presiden Morsi tidak menolak penghinaan dan hasutan ini meskipun dia mendakwa dirinya mewakili seluruh rakyat Mesir.Seorang aktivis Syiah memberitahu Ahram Online bahawa terdapat sekitar 40 keluarga Mesir di perkampungan Zawyat Abu Muslam. "Sebahagian keluarga bertindak meninggalkan kampung sementara masih ada yang terperangkap di dalam kepungan terhadap kampung itu."Anwar berkata, Shehata sedang melawat salah seorang keluarga Syiah ketika serangan terjadi.Juruhebah Salafi di saluran TV Al-Nas Khaled Abdullah mendakwa kononnya Hasan Shehata diserang kerana menghina keluarga Nabi Muhammad dan menyalahkan Al-Azhar kerana berdiam diri beberapa jam setelah serangan.Beberapa akaun laman sosial Facebook termasuk yang terdiri daripada penyokong keganasan ini di Indonesia mula menyiarkan kegembiraan mereka atas keganasan tersebut.
Visual menunjukkan pengikut mazhab Syiah diseret
23 Jun 2013 - 19:30
News ID: 433029
Ahram Online melaporkan sejumlah pengikut Salafi Mesir menyerang keluarga Syiah di perkampungan Giza sehingga menyebabkan kematian 4 orang pengikut mazhab Syiah termasuk ketuanya.