30 Julai 2013 - 10:07
Propaganda anti Syiah usaha licik hancurkan PAS

Isu Syiah alasan untuk hancurkan Parti Islam Semalaysia

Tuan Ibrahim dan Mohamad Sabu...saling bantu membantu dalam PAS. - Gambar The Malaysian Insider oleh Timmy Say, 29 Julai, 2013.
Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu - Gambar: The Malaysian Insider

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Timbalan Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) Mohamad Sabu berkata, "Sekarang ini sesetengah pihak dalam PAS sedang bergabung dengan sesetengah pihak dalam Umno nak 'bunuh' aku."

Beliau berkata demikian kepada The Malaysian Insider sebagai mengulas laporan besar-besaran media massa mengenai Syiah baru-baru ini. 

Meskipun Mohamad Sabu menafikan dirinya seorang pengikut mazhab Syiah, beliau berkata ini bukanlah alasan untuk menyokong dasar kerajaan Bashar Asad di Syria. Menurut beliau terdapat pihak yang sengaja mengaitkan konflik Syiah - Sunni dalam isu Syria.

Mohamad Sabu dan PAS diserang media besar-besaran sejak beliau mengunjungi Syria untuk mengetahui situasi sebenar di negara yang bergolak itu.

Gerakan Sunni - Syiah rakan strategik

Presiden PAS dalam salah satu analisanya turut menafikan kewujudan konflik Sunni Syiah dalam isu Syria.

 "Pemerintahannya bersifat diktator bertopeng demokrasi, yang menekan rakyat dengan lesen yang diberi oleh kuasa-kuasa besar dunia di atas nama rakan strategik bagi keselamatan Israel yang dilindungi dengan cara paling istimewa.

"Syria mempunyai kedudukan yang agak berbeza dengan negara Arab yang lain, kerana tidak mengiktiraf Israel dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengannya.

"Syria juga menjadi pintu keluar bagi negara Iran yang dikepung, dalam masa yang sama mengizinkan buminya menjadi pangkalan bagi gerakan Islam Hamas dan Jihad Islami, serta pangkalan bantuan bagi Hizbullah yang berada di Selatan Lubnan.

"Hamas dan Jihad Islami bermazhab Sunni, tidak sama dengan Bashar Assad yang menganut mazhab Alawi. Begitu juga Republik Islam Iran dan Hizbullah yang bermazhab Syiah Imamiyyah yang bertentangan juga dengan mazhab yang dianut oleh Bashar dan keluarganya," tulis Ustaz Hadi dalam tulisan itu.