20 Ogos 2013 - 19:30
Pengganas dakwa askar gempur dengan senjata kimia

Akibat tidak tahan dengan serangan besar-besaran, pengganas melancarkan propaganda kononnya askar kerajaan menggempur orang awam dengan senjata kimia supaya Syria ditekan oleh masyarakat antarabangsa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kumpulan pengganas melancar kempen anti Syria dengan tuduhan askar negara tesebut mengempur orang awam dengan senjata kimia.Propaganda ini disebarkan ke dalam media-media Barat dan Arab setelah pihak kerajaan melancarkan serangan besar-besaran bagi membasmi kumpulan pengganas yang disokong al-Qaeda di kawasan tersebut sejak awal pagi tadi. Dengan pembohongan ini mereka berharap agar operasi ketenteraan tersebut dikurangkan. Pembohongan penggunaan senjata kimia ini tidak dapat menyangkal beberapa fakta jelas seperti:1. Senjata kimia berasaskan gas atau bakteria tidak dapat digunakan di penempatan terbuka, atau berhampiran dengan rumah kediaman. Ini di sebabkan kesan senjata seperti ini akan menyebabkan penularannya melalui udara sehingga menjangkau lebih dari berpuluh-puluh kilometer. Bagaimana mungkin senjata ini dapat digunakan ke atas kawasan seperti Moadamiah yang terletak kurang dari 5 kilometer dari kawasan Mezzeh,‎ yang menempatkan penduduk awam dan askar di tengah-tengah ibu kota dan Damsyiq sedangkan kawasan terbabit masih menunjukkan kehidupan normal.2. Kawasan yang kononnya disasarkan senjata kimia itu tidak mungkin dapat dimasuki dengan segera melainkan setelah beberapa jam lamanya, paling minimum antara 12 dan 36 jam dan maksimum memerlukan 4 hingga 7  hari. Ianya tidak mungkin dapat dimasuki melainkan dengan pakaian khusus. Bagaimana mungkin gambar-gambar yang dipaparkan dalam berbagai laman sesawang, saluran satelit dan televisyen beserta dakwaan bahawa mereka adalah orang awam yang terkena senjata kimia beberapa minit setelah digempur?!3. Yang lebih penting ialah Suruhanjaya Khas Siasatan Senjata Kimia yang berpengkalan Damsyik mengajukan sebuah permohonan kepada kerajaan Syria. Di manakah rasionalnya kerajaan dapat mengambil inisiatif mengebom kawasan Damsyik dengan senjata kimia dengan wujudnya suruhanjaya tersebut?!4. Mengenai gas yang disebutkan, salah satu berita mengatakan ianya adalah gas Sarin yang memberi kesan kepada urat saraf dan baunya akan tersebar. Menurut maklumat Alhadath News, gas yang digunakan oleh askar Syria ialah berbentuk Ammonia, iaitu tidak membunuh dan menyakitkan, yang terhasil setelah ledakan peluru roket. Sekiranya ini yang digunakan, sudah tentu ianya menjadi musibah besar yang tidak terhad kepada pengganas sahaja, malah ianya memberi kesan kepada negara yang menyokong mereka kerana jahil tentang ilmu peperangan.