6 September 2013 - 19:30
Video terbaru kekejaman pemberontak Syria tersebar

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Keganasan pemberontak Syria sekali lagi menggemparkan dunia apabila rakaman video yang menunjukkan tujuh askar Syria dibunuh dengan kejam tersebar dalam internet. Anggota tentera tersebut ditanggalkan pakaian, diikat dan muka mereka ditekan ke tanah, sementara sejumlah pemberontak berdiri di belakang sambil mengacu senjata ke tubuh mereka. Beberapa askar kelihatan mengalami cedera parah di bahagian belakang dan lengan.Beberapa detik sebelum mereka dibunuh, pemimpinnya bernama Abdul Samad Issa membaca sebuah puisi, "Selama lima puluh tahun mereka menjadi sahabat korupsi," katanya. "Kami bersumpah demi Allah, inilah sumpah kami: Kami akan membalas dendam." Sebaik sahaja puisi selesai, ia melepaskan peluru pertama. Anak buahnya turut menghujani peluru dengan senjata mereka.Di akhir rakaman tersebut, mayat-mayat askar dibuang ke dalam sebuah perigi sementara salah seorang lelaki melihat ke arah kamera sambil tersenyum.Adengan mengerikan itu dirakam ketika musim gugur 2012 dan didokumentasikan dalam sebuah video yang diseludup keluar dari Syria beberapa hari lalu oleh bekas pemberontak kumpulan Issa. Bekas pemberontak itu berkata dia berasa ngeri dengan taktik keganasan yang pernah digunakan rakan-rakannya. The New York Times kemudian memperolehi rakaman itu dan kini beredar dalam internet.Video tersebut muncul ketika para pemimpin G-20 bertemu di Rusia minggu ini untuk memperdebatkan situasi mengerikan di Syria yang dilanda perang itu. Rakaman yang menggemparkan itu menambah ketegangan apabila menjadi alasan kukuh supaya seluruh dunia perlu berhenti mendukung pemberontak serta merta. Permasalahannya ialah mereka melakukan kekejaman yang sama seperti yang dituduh ke atas pasukan yang dikerahkan Presiden Assad.Awal tahun ini sebuah video menjijikkan muncul dengan aksi seorang pemimpin pemberontak bertindak memakan jantung seorang askar Syria yang ditangkap mereka.Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai pengasas kumpulan Farouq Abu Sakkar di Homs, berdiri di atas mayat berseragam sambil mencerca Presiden Bashar al-Assad. Dengan menggunakan pisau, lelaki itu membelah dada mayat dan mengeluarkan dua organ, lalu memperlihatkannya ke kamera. Dia kemudian mengangkat organ-organ itu ke mulutnya dan menggigitnya.