23 September 2013 - 20:30
Ejen Al Khalifah serang wisma parti Al-Wefaq

Wisma Parti al-Wefaq diserang beberapa ejen rejim

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Bangunan milik parti Syiah terbesar di Bahrain mengalami kerosakan setelah diserang beberapa ejen Al Khalifah yang berpakaian seragam tentera. Dalam kejadian tersebut, penyerang telah membakar beberapa bahagian wisma Parti al-Wefaq.Sebelum ini beberapa lelaki bertopeng didapati menconteng bangunan tersebut dengan kata-kata sektarianisme  dan sokongan terhadap rejim.Setelah penangkapan pembantu politik Setiausaha Al-Wefaq, Khalil al-Marzuq, media pro rejim melancarkan serangan dan ancaman terhadap komuniti Syiah.Parti al-Wefaq memaklumkan akan segera menyebarkan gambar-gambar penyerang wisma mereka.Kumpulan pemerhati hak asasi manusia "Human Rights Watch" sebelum ini menggesa pembebasan Khalil al-Marzuq tanpa syarat secepat mungkin.