26 September 2013 - 20:30
Ucapan Presiden Iran di perhimpunan Agung PBB

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikut adalah terjemahan ucapan Presiden Iran Hujjatul Islam Dr. Hasan Rouhani dalam perhimpunan agung PBB di New York.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam atas Nabi kita Muhammad, dan keluarga baginda yang suci, serta para sahabatnya yang terpilih.Saudara presiden, Setiausaha Agung, saudara saudari.Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah atas perlantikan tuan untuk menerajui Perhimpunan Agung, dan saya menghargai usaha Ban Ki Moon.Tuan,Dunia kita penuh dengan ketakutan dan harapan: Fobia terhadap perang, dan apa yang berkaitan dengan rantau-rantau dan global, fobia pertembungan identiti-identiti pembunuh beragama, kaum dan ras, fobia penginstitusian keganasan dan pelampau, fobia kefakiran dan diskriminasi yang merendahkan, fobia yang memusnahkan dan memupuskan sumber kehidupan, fobia kecuaian terhadap kemuliaan dan hak-hak insan, dan fobia kelalaian akhlak.Dalam menghadapi semua fobia ini, wujudlah harapan-harapan baru: Harapan penerimaan masyarakat dan golongan elit di seluruh dunia tehadap "Iya, demi perdamaian, tidak untuk peperangan", dan harapan terhadap kecenderungan dialog berbanding kezaliman, dan keadilan atas ekstremisme.Satu contoh secara langsung, kesedaran harapan dan penilaian, kesederhanaan yang dilalui warga Iran dalam pilihanraya lalu, penjernihan demokrasi agama dan perlaksanaan transformasi kuasa secara aman telah menunjukkan bahawa Iran sebuah perlabuhan yang stabil di samudera serantau yang bergelora. Kepercayaan utuh kerajaan dan rakyat kami terhadap perdamaian, kestabilan, keamanan, penyelesaian konflik secara aman, dan kebergantungan terhadap pandangan umum sebagai sokongan kuasa, penerimaan dan legitimasi, merupakan peranan ulung dalam menyiapkan latar belakang keamanan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sepanjang perubahan arus masa kini yang sensitif dalam hubungan antarabangsa, yang penuh dengan beraneka bahaya, namun ia sentiasa diiringi peluang keemasan. Sebarang perhitungan tidak tepat terhadap keadaan diri sendiri dan orang lain, bakal mewujudkan mala petaka bersejarah walaupun marabahaya itu hanyalah lakonan sandiwara, namun kesan-kesan negatifnya akan menimpa semua orang. Kerentanan adalah fenomena global dan ia sudah menjadi universal.

Setelah itu, kesensitivitian dalam sejarah peristiwa-peristiwa dunia, zaman permainan-permainan yang menghasilkan banyak angka kosong telah menemui penghujungnya. Namun sehingga kini masiih ada beberapa pelakon-pelakon yang membintangi peranan serta alat-alat usang. Secara dasarnya, ia bergerak secara tidak efisien demi untuk melindungi keunggulan dan kekuasaannya. Pengerahan tentera, memperalatkan jentera askar dan kekerasan untuk mengemudi orang lain merupakan contoh betapa tidak efiseinnya penglestarian aksi-aksi kuno dalam situasi hari ini.

Tindakan-tindakan berorientasikan kekerasan ekonomi dan ketenteraan, demi menjaga dan melestarikan kekuasaan serta keulungan silam diiringi bersama sejumlah acuan-acuan pemahaman, yang mana ianya sentiasa bertentangan dengan kedamaian, keamanan, kemuliaan insan serta aspirasi manusia. Anatara acuan kefahaman ini ialah pengintegrasian masyarakat dan generalisasi nilai-nilai Barat untuk dijadikan nilai-nilai global. Selain itu acuan pemahaman yang memelihara kebudayaan perang dingin serta perpecahan dua blok iaitu "Saya lebih tinggi" sementara "Orang lain tidak ada ketinggian". Acuan pemahaman yang lain ialah mewujudkan ketakutan dan gertakan dengan menimbulkan pelakon-pelakon bermodel baru dalam masyarakat.

Dalam situasi seperti ini, keganasan berbentuk kerajaan atau bukan kerajaan, agama atau puak, sehinggakan keganasan nasional telah bertambah pesat, dan tidak ada lagi jaminan bahawa kesejahteraan masih bertakhta di kalangan kuasa-kuasa besar, termasuklah dalam forum-forum, sikap-sikap dan aksi-aksi kasar mereka. Kesan-kesan yang sarat dengan bencana seumpama ekstremisme tidak boleh dipandang ringan.

Sementara itu, kekerasan strategi dalam usaha untuk menghapuskan para pelakon serantau dari suasana kegiatan semulajadinya, politik yang tidak bermasa depan, penukaran sistem politik di luar batasan, usaha melaga-lagakan sempadan dan kepungan politik yang bening adalah tindakan yang amatlah berbahaya dan membosankan.

Dalam sebuah konvensyen wacana politik di peringkat antarabangsa, sebuah pusat bertamadun yang dimarginkan dengan ketidak tamadunan telah digambarkan. Gambaran ini mencerminkan betapa imperatifnya nisbah kuasa besar dunia dan margin-marginnya. Forum-forum pemusatan Utara dan peminggiran Selatan merupakan sebab perletakan sistem monolog di peringkat hubungan antarabangsa. Perletakan sempadan-sempadan yang salah bagi sebuah identiti dan pemencilan xenofobia telah melazimkan hasil  yang amat berani dalam wacana ini. Wacana-wacana anti agama berbentuk propaganda dan tidak berasas, islamfobia, syiahfobia dan iranfobia benar-benar menjadi ancaman terhadap kestabilan dunia dan keselamatan.

Forum-forum propaganda yang diiringi dengan komplot serta cetusan ancaman hipotetikal dan khayalan merupakan bentuk yang bahaya. Salah satu daripada ancaman-ancaman khayalan ini ialah bahaya Iran. Dengan alasan ancaman-ancaman meragukan ini, kenapa tidak ada tindakan abnormal dan jenayah yang diambil sejak tiga dekad lalu? Memperlengkapkan senjata kimia kepada Saddam Husain dan membela Taliban hanyalah sebuah contoh daripada jenayah-jenayah ini. Terus terang dan jelas, dengan bukti-bukti serta saksi-saksi yang meyakinkan, saya memaklumkan bahawa mereka ini yang menggertak Iran sebenarnya menggertak perdamaian dan kesejahteraan global, atau menggertak persekitarannya. Iran bukan hanya sekadar diancam, bahkan seluruh aspirasi dan aktivitinya yang bersangkut paut dengan seruan keadilan serta keamanan semua pihak turut menerima ancaman.

Tuan-tuan sekalian,

Keganasan membakar sekecil-kecil noktah dunia seperti Asia Barat dan  Utara Afrika. Campurtangan ketenteraan di Afghanistan, perang Saddam yang dikenakan ke atas Iran, pendudukan di Kuwait, campurtangan ketenteraan terhadap Iraq dan tingkah laku agresif dan bersifat menindas terhadap rakyat Palestin, pembunuhan invidivu politik dan orang biasa di Iran, letupan bom di negara-negara serantau seperti Iraq, Afghanistan dan Lubnan adalah contoh gerakan aggresif sepanjang tiga dekad lali di rantau ini.

Cara layanan terhadap rakyat Palestin yang tertindas hanyalah sebuah kekerasan secara sistematik. Wilayah Palestin sedang dijajah. Hak asasi rakyat Palestin merupakan pelanggaran yang salah dan (hak) mereka telah disingkirkan untuk pulang ke rumah, tempat kelahiran dan mendapatkan kembali ibu pertiwi mereka. Perbuatan jenayah ke atas orang Palestin yang tidak bersalah, siri kekejaman yang diserlahkan sudah tidak dapat lagi digambarkan, di mana kata-kata "apartheid" merupakan perkataan yang amat lemah.

Tragedi kemanusiaan di Syria merupakan contoh tragik daripada perluasan kekejaman dan ekstremisme di rantau kami. Sejak bermulanya tragedi dan waktu beberapa pemain wayang di peringkat serantau dan antarabangsa melonggokkan sumber persejataan, informasi dan pengukuhan kumpulan-kumpulan radikal, dalam usaha memilitankan tragedi ini, kami optimis bahawa krisis Syria tidak ada jalan penyelesaian dengan cara ketenteraan. Ia tidak mampu merealisasikan misi strategik, meluaskan objektif dan mengimbangkan kestabilan serta kesamaan atas nama kemanusiaan. Objektif bersama bagi masyarakat antarabangsa hendaklah menghentikan segera pembunuhan orang yang tidak berdosa. Kami mengungkapkan kecaman terhadap sebarang penggunaan senjata kimia, dan kami menyambut baik penerimaan konvensyen pengharaman senjata kimia oleh Syria. Dengan ini kami percaya melengkapkan senjata kepada kumpulan radikal dan pengganas merupakan bahaya paling besar di rantau ini yang mana ia perlu diambil perhatian. Di waktu yang sama penggunaan kekerasan samada sah menurut undang-undang atau tidak, hanyalah memperluaskan daerah penganiayaan dan krisis di rantau.

Keganasan dan pembunuhan insan tidak berdosa, merupakan kemuncak ekstremisme. Keganasan adalah bala kekerasan, yang berleluasa dan merentasi sempadan. Namun sikap melampau dan ekstremisme yang menjadikan kempen peperangan menghadapi pengganas termasuklah mengambil kesempatan penggunaan pesawat Drone terhadap orang yang tidak bersalah juga dikutuk. Di sini kami juga membicarakan pembunuhan pakar-pakar nuklear Iran yang dilakukan para penjenayah. Atas kesalahan apa mereka ini dibunuh? Sebuah pertanyaan yang perlu dijawab oleh PBB dan Majlis Keselamatan ialah: Apakah mereka turut mengecam para pembunuh tersebut?.

Sekatan tanpa keadilan, juga adalah jelmaan keganasan yang lain. Yang jelas ianya sendiri bertentangan dengan perdamaian dan anti kemanusiaan, tidak menuruti dasar kempen sekatan yang disasarkan terhadap negara-negara dan elit-elit politik, bahkan lebih dari semua itu, orang awam biasa menjadi korban percaturan politik mereka. Janganlah kita lupakan berjuta-juta rakyat Iraq yang telah dilukai dan dibunuh oleh sekatan yang dikenakan ke atas mereka di bawah nama undang-undang yang ditetapkan oleh badan-badan, dan masih terdapat sebilangan besar daripada mereka yang menderita atas muka bumi. Sekatan ini benar-benar sebuah keganasan, tidak kira samada ianya atas dasar kebijaksanaan atau tidak, samada sebelah pihak mahupun beberapa pihak. Sekatan ini bertentangan dengan hak sebagai insan, seperti hak perdamaian, hak perluasan, hak kesihatan, hak pelajaran dan hidup lebih baik dari semua. Hasil sekatan-sekatan walau apa jua lafaz dan permainan istimewa, ianya adalah penyulutan api, kegilaan perang dan penghapusan manusia. Api ini tidak sekadar memakan korban dalam daerah sekatan sahaja, bahkan  menelan perekonomian dan kehidupan masyarakat awam yang disekat.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Keganasan dan ekstremisme tidak memberikan tempat untuk toleransi dan kesefahaman yang lazim bagi kehidupan insan dan masyarakat moden. Berkenaan tiadanya toleransi terhadap masalah dunia kami hari ini, hendaklah diperkukuhkan tolak ansur di bawah naungan agama, pendekatan budaya dan politik. Masyarakat manusia hendaklah berkemaskini dari fasa toleransi negatif kepada tahap kerjasama sesama mereka. Orang lain pula tidak sepatutnya memeluk tubuh semata-mata, bahkan hendaklah bekerjasama dengan yang lain.

Penghuni dunia sudah bosan dengan peperangan dan keganasan, dan ini adalah peluang yang unik. Mereka berharap perubahan situasi sekarang. Republik Islam Iran percaya bahawa menjalinkan kebijaksanaan harapan dan keseimbangan dapat mengatur seluruh cabaran-cabaran. Para penghasut peperangan ingin meruntuhkan harapan-harapan. Sedangkan harapan untuk perubahan positif, pemahaman fitrah, agama sudah menjelang tiba dan menjadi isu global.

Berasaskan harapan, kepercayaan terhadap kehendak masyarakat awam sedunia ialah memerangi keganasan dan ekstremisme, kebolehubahan ragam,  pertentangan dengan struktur-struktur bebanan, memberikan harga terhadap pilihan dan praktikal manusia secara bertanggung jawab. Harapan, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ianya merupakan salah satu d