
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Laman sesawang berita rasmi Iraq "Ain" melaporkan serangan bom di 8 daerah iaitu al-Hurriya, al-Sha'b, Al-Talibiya, Sab' al-Bour, Abu Disher, al-Mashtal, al-Nahrawan dan al-Baiyaa.
Setiap daerah di Baghdad tersebut digegarkan dengan satu serangan bom melainkan al-Nahrawan di mana dua serangan dilaporkan membabitkan kawasan tersebut.
Menurut salah satu sumber rasmi, 161 orang awam menjadi mangsa serangan ini, di mana 41 daripadanya terbunuh manakala 120 yang lain cedera parah.
Warta berita Perancis melaporkan semua mangsa adalah pengikut mazhab Syiah.
Sementara itu pasukan perubatan segera bergegas ke tempat terbabit untuk memberikan pertolongan cemas dan mereka memaklumkan jumlah korban dijangka meningkat. Televisyen Al-Alam yang berpengkalan di Qom pula melaporkan jumlah korban terkini ialah 52 orang.