3 November 2013 - 17:27
'Terowong penyelamat' simbol perjuangan umat Islam Sarajevo

Wanita tua yang membenarkan rumahnya digali oleh komando Iran untuk dijadikan terowong turut sama membantu operasi tersebut. Sekarang rumahnya diabadikan sebagai arkib perang untuk kunjungan orang ramai.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Bulan April 1993, ketika penduduk muslim Sarajevo berada dalam kepungan dan kesulitan, Salah seorang komando Iran, bernama Haji Husain yang dibantu oleh pejuang-pejuang muslim Bosnia bergegas membuat pelan operasi menggali terowong bawah tanah untuk keluar dari kepungan.

Namun di peringkat awal terlalu banyak halangan dalam operasi penggalian. Dengan hanya berbekalkan cangkul, beliung, pelita, tangan kosong dan motivasi, akhirnya kerja-kerja mereka membuahkan hasil setelah hampir empat bulan lamanya tekun menggali. Pada pukul 9 malam, 30 Julai 1993 terowong yang mempunyai lebar 1.3 meter dan tinggi 70 cm tinggi berjaya menghubungkan Butmir sampai ke  Dobrinja sekaligus melepasi kepungan tentera Serbia.

Sekarang, 'Terowong Penyelamat' atau dikenali sebagai 'Tunel Spasa' sepanjang 85 meter ini telah dijadikan muzium dan simbol perjuangan umat Islam Bosnia. Dalam tempoh lebih 1000 hari, terowong ini berfungsi sebagai jalan membawa makanan, bahan bakar, peluru, ubat ubatan dan memindahkan mereka yang tercedera.

Ketika itu wanita tua bernama Sida Kolar bukan sahaja membenarkan rumahnya dijadikan tapak penggalian terowong para pejuang Bosnia, malah beliau sendiri turut serta membantu operasi penggalian tersebut.

.................
پایان پیام/ 218