Namun di peringkat awal terlalu banyak halangan dalam operasi penggalian. Dengan hanya berbekalkan cangkul, beliung, pelita, tangan kosong dan motivasi, akhirnya kerja-kerja mereka membuahkan hasil setelah hampir empat bulan lamanya tekun menggali. Pada pukul 9 malam, 30 Julai 1993 terowong yang mempunyai lebar 1.3 meter dan tinggi 70 cm tinggi berjaya menghubungkan Butmir sampai ke Dobrinja sekaligus melepasi kepungan tentera Serbia.
Sekarang, 'Terowong Penyelamat' atau dikenali sebagai 'Tunel Spasa' sepanjang 85 meter ini telah dijadikan muzium dan simbol perjuangan umat Islam Bosnia. Dalam tempoh lebih 1000 hari, terowong ini berfungsi sebagai jalan membawa makanan, bahan bakar, peluru, ubat ubatan dan memindahkan mereka yang tercedera.
Ketika itu wanita tua bernama Sida Kolar bukan sahaja membenarkan rumahnya dijadikan tapak penggalian terowong para pejuang Bosnia, malah beliau sendiri turut serta membantu operasi penggalian tersebut.



























.................
پایان پیام/ 218