18 Januari 2014 - 20:30
Tangani anti-perpaduan, tanggungjawab besar Syiah dan Sunni

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran menegaskan gerakan Takfiri merupakan ancaman besar bagi dunia Islam dan masa depan Islam terletak di bawah sinaran "Perpaduan, kesedaran dan kebangkitan Islam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Sayid Ali Khamenei berkata, "Masalah dunia Islam yang paling penting hari ini ialah perpaduan Islam. Dengan kewujudan semua konspirasi, masa depan Islam terletak di bawah sinaran "Perpaduan, kesedaran dan kebangkitan Islam".Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan bersama tetamu-tetamu Persidangan Kebangkitan Islam yang turut dihadiri masyarakat tempatan, bersamaan dengan sambutan ulangtahun Maulud Nabi (s.a.w) dan kelahiran Imam Jaafar Sodiq (a.s), semalam.Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran ini menegaskan, konspirasi dan gerakan musuh-musuh Islam telah memanipulasikan situasi dengan berbagai helah untuk menyekat kebebasan sebenar dan kesejahteraan umat Islam. Kata beliau, "Mewujudkan perselisihan di kalangan umat Islam merupakan fokus utama para penyokong kuasa besar dunia."Sambil menyatakan kekesalan beliau menyatakan, "Atas nama Islam dan Syariat, sejumlah Takfiri mengkafirkan umat Islam sebagai ganti memberikan tumpuan kepada kejahatan rejim Zionis."Sambil membaca ayat "Sangat keras terhadap orang kuffar dan penyayang di kalangan mereka" (اَشدّاء علیَ الکُفّارِ رُحَماء بَینَهُم) beliau mengulas, "Gerakan Takfiri tidak melihat perintah langsung Allah (s.w.t) ini, dan dengan membahagikan umat Islam kepada Muslimin dan Kafir, mereka ini membunuh golongan tersebut?."Dengan situasi ini, bolehkah sesiapa menolak bahawa wujudnya takfiri dengan bantuan dana serta senjata yang juga merupakan kerja ejen-ejen keselamatan dan penjahat kuasa angkuh dunia?""Malangnya beberapa negara Islam tidak peduli dengan akibat buruk membela gerakan ini dan mereka tidak faham api fitnah ini bakal menyambar mereka kelak."Untuk memberi tekanan kepada kebangkitan Islam, kuasa angkuh dunia berusaha agar pengikut berbagai mazhab saling bertelingkah, setelah itu mempopularkan tindakan keji aksi-aksi Takfiri seperti mengunyah hati manusia yang dibunuh, mereka memaparkan kekejian di depan penduduk dunia sebagai prinsip Islam." Tegas beliau.