Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kementerian pertahanan Iraq mengeluarkan kenyataan tentang penangguhan operasi ketenteraan selama 72 jam di Falujah.Kenyataan tersebut menyatakan, "Operasi ketenteraan dihentikan sementara bermula tengah hari hari ini sehingga hari Isnin. Tindakan ini dilaksanakan berikutan permintaan pejuang kedamaian, ketua kabilah dan individu-individu agama.Kementerian Pertahanan Iraq meminta penduduk Falujah dan ketua kabilah mengusir kumpulan pengganas di kawasan kampung bagi membolehkan penduduknya kembali ke kawasan masing-masing dan sekolah serta universiti beroperasi seperti biasa sebagaimana kehidupan normal sebelum ini.Kenyataan tersebut turut memberi amaran kepada kumpulan pengganas agar tidak mengambil kesempatan terhadap peluang yang diberikan dengan melakukan jenayah terrorisme terhadap pejabat kerajaan, pasukan keselamatan dan penduduk tempatan.Perdana Menteri Iraq Nuri Maliki juga mengumumkan tarikh akhir selama tiga hari bagi memberi laluan kepada operasi ketenteraan secara besar-besaran di kota Falujah.Tempoh 3 hari tersebut diputuskan sebagai salah satu usaha kerajaan Iraq bagi mencegah pertumpahan darah di kota ini dengan cara membawa keluar penduduknya atau menghalang tercetusnya pertempuran.
21 Februari 2014 - 20:30
News ID: 508216
Sumber Kementerian Pertahanan Iraq umumkan penangguhan operasi ketenteraan selama 72 jam di Falujah