Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Serangan kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Sham (ISIS), pembunuhan dan rampasan harta menimbulkan kebimbangan para ulama Syiah dan Sunni di negara ini. Antara reaksi yang diberikan adalah seperti berikut:
Ayatullah Sisitani: Kerajaan dan para pemimpin politik harus berdiri menghadapi Takfiri dengan bersatu padu.
Ayatullah al-Uzma al-Sistani yang merupakan marja' taqlid Syiah pada hari Selasa lalu mengeluarkan kenyataannya dengan meminta usaha untuk memerangi pengganas ISIS dan menyelamatkan rakyat dari kejahatannya dipertingkatkan.
Dalam bahagian akhir kenyataan tersebut, beliau menyatakan, "Marja' agama di Iraq merasa bimbang terhadap situasi keamanan terkini di daerah Niniwa dan sekitarnya.
"Adalah menjadi kewajipan bagi negara Iraq dan para pemimpin politik untuk membela nasib rakyat Iraq dengan menyatukan kesepakatan dan mempertingkatkan usaha dalam menghadapi pengganas", jelas beliau.
Ayatullah Fayyad: Para pemimpin politik dan kerajaan perlu bersatu
Dalam sebuah pesanan Marja' Taqlid di Najaf, Ayatullah Syeikh Ishaq Fayyad menyatakan kebimbangannya terhadap situasi terkini keamanan Niniwa.
Dalam persanan tersebut, beliau berkata, "Para marja' taqlid di Najaf mengikuti perkembangan konflik keamanan di daerah Niniwa dan cengkaman kumpulan-kumpulan pengganas terhadap kota-kotanya termasuklah usaha menawan wilayah-wilayah lain".
"Dalam situasi begini, kami meminta para pemimpin politik bersatu padu dan bekerjasama untuk mengakhiri krisis-krisis Iraq", tutur beliau.
Sambil mengucapkan penghargaan kepada pihak kerajaan yang bertungkus lumus menyelamatkan keadaan, beliau berkata, "Tanpa sokongan bersepadu terhadap askar dan pasukan keselamatan boleh mengundang bahaya terhadap negara ini. Kami meminta mereka bangkit menghadapi pengganas dengan keberanian supaya keamanan dapat dikembalikan kepada penduduk".
Ayatullah Bashir al-Najafi: Kami tidak izinkan Iraq dipecah belah
Ayatullah al-Uzma Bashir al-Najafi turut mengeluarkan kenyataan tentang isu pengganas yang menguasai Niniwa. Beliau berkata, "Saya rasa kesal dengan transformasi keamanan yang berbahaya di Iraq yang tercinta. Pihak musuh Iraq cuba memecah belahkan negara ini dan cuba mencapai matlamatnya dengan menggunakan berbagai alasan tidak berasas".
Beliau menambah, "Setiap jengkal bumi Iraq kepunyaan warga Iraq, kita tidak rela ianya dipecahkan. Kami minta seluruh rakyat yang berbilang kaum terutamanya pihak kerajaan agar berdiri menghadapi musuh dengan penuh keberanian dan memberikan tindak balas terhadap serangan ke atas penduduk".
"Setiap ahli politik yang sedar tentang keamanan tidak stabil ini perlu mengenepikan pertikaian dan hendaklah menunaikan tanggung jawab dalam keadaan tertentu di samping bersatupadu bersama rakyat.
"Gara-gara para pegawai tidak cekap, negara berada di tahap ini. Oleh itu pembentukan segera kerajaan yang ikhlas dapat mewujudkan usaha memenuhi permintaan penduduk tempatan secara tulus dan cinta tanahair. Perpaduan di kalangan para penduduk negara ini merupakan satu kemestian," jelas beliau.
Ayatullah Asifi: Perjuangan menghadapi pengganas merupakan sebuah kewajipan syariat.
Ayatullah Syeikh Muhammad Mahdi Asifi menyentuh tentang ancaman daripada golongan pengganas dan meminta rakyat segera membantu kerajaan.
Beliau berkata, "Iraq hari ini menghadapi bahaya yang sebenar dari pihak pengganas. Para pengganas yang sebelum ini telah menyerang Ramadi, Falujah dan Samarra sekarang telah pergi ke Mosul.
"Bahaya pemusnahan, pembunuhan dan pencabulan kehormatan tempat-tempat suci sebagaimana yang terjadi di Syria, sekarang ini sedang mencengkam Iraq.
"Kewajipan syar'i bagi setiap umat Islam ialah bersemangat untuk segera bergabung membantu pasukan kesalamatan demi perjuangan, mempertahankan Islam serta Iraq, di samping mencegah bahaya yang bakal menghapuskan negara ini.
"Ulama agama, para imam solat Jumaat, pasukan keselamatan, pembesar kabilah, para pemuda Islam yang tabah mempunyai tanggung jawab untuk menghindari fitnah ini dan sekiranya tidak bertindak demikian maka kerosakan yang lebih parah akan terjadi di atas muka bumi," tegas beliau.
13 Jun 2014 - 10:46
News ID: 615657
Para marja' taqlid umum kesetiakawanan bersama kerajaan dan rakyat Iraq dalam menghadapi serangan pengganas.