Agensi Berita Ahluil Bait (ABNA.co) - Kumpulan pengganas Kerajaan Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) mendedahkan bahawa kumpulannya tidak akan memerangi entiti Zionis kerana Allah tidak memerintahkan mereka berbuat demikian.
Agensi berita Al-Hadath News melaporkan kumpulan ISIL mengumumkan perkara tersebut dalam laman sosial Twitter manakala CNN melaporkan kumpulan tersebut mendakwa Allah (s.w.t) tidak pernah memerintahkan umat Islam memerangi Israel atau Yahudi kecuali kumpulan murtad dan munafik.
Tambah mereka lagi dalam Twitter, Allah (s.w.t) berfirman mengenai musuh terdekat iaitu orang munafik yang kebanyakan ayat menegaskan bahawa mereka lebih bahaya dari orang kafir. Menurut mereka lagi langkah pertama yang diambil oleh khalifah Abu Bakar ialah memerangi golongan murtad kemudian barulah kota al-Quds dibuka oleh Umar al-Khattab.
Selain itu kenyataan tersebut menambah, "Al-Quds tidak akan merdeka selagi belum bebas dari berhala-berhala itu..."
Sambil menyoal kenapa warga Saudi membela golongan taghut, ISIL menambah, "Apakah negara kamu memerangi golongan murtad? Padahal Rasul dan para sahabat yang mulia menyuruh kita memerangi orang murtad"."
11 Julai 2014 - 09:27
News ID: 623092
Kumpulan pengganas ISIL beri alasan untuk tidak perangi Israel