11 Julai 2014 - 10:52
Pelan serangan darat ke atas Gaza bermula

Kempen ketenteraan terhadap semenanjung Gaza telah bermula

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hari kelima serangan rejim Zionis ke atas semenanjung Gaza telah menyebabkan kematian 98 orang dan mencederakan lebih 700 yang lain.

Menteri Pertahanan Zionis, Moshe Ya'alon turut mengumumkan bahawa serangan darat ke atas Gaza sudah pun bermula. Sementara itu pihak pejuang Palestin memaklumkan unit mereka telah berjaya menggagalkan penyusupan beberapa komando Israel di perlabuhan Gaza.

Dua Zionis terbunuh di Haifa dan Ashdod

Sumber Palestin mengumumkan serangan roket pejuang Palestin hari ini ke atas Haifa telah menyebabkan kematian seorang Zionis. Pihak Israel juga turut mengesahkan berita tersebut dan menambah bahawa seorang pemandu terbunuh sepanjang serangan pejuang sepanjang malam tadi.

Sekurang-kurangnya 32 penduduk Israel cedera dalam serangan aktivis Palestin malam tadi di kota pendudukan Ma'ale Adumim. Sebuah stesyen gas di Ashdod dilaporkan turut musnah.

Sokongan Amerika terhadap serangan darat Israel.

Televisyen al-Mayadin melaporkan Duta Amerika ke Tel Aviv, Daniel B. Shapiro telah menyatakan sokongan Amerika terhadap serangan Israel darat ke atas semenanjung Gaza.

Kecaman beberapa negara terhadap serangan Israel

Beberapa negara menyatakan kecaman secara terbuka terhadap keganasa terbaru rejim Zionis. Antaranya ialah Mauritania, Kuwait, Bahrain dan Pakistan yang mengecam keras serangan tersebut sambil meminta masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan mengambil tindakan segera untuk perdamaian kedua-dua belah pihak.

Hamas minta bantuan relawan

Jurucakap Hamas mengeluarkan kenyataan yang meminta untuk pasukan relawan dari wilayah Palestin yang lain untuk membantu pertahanan semenanjung Gaza. Akaun laman sosial Muhit, Sami Abu Zahra meminta penduduk di Tebing Barat Jordan dan di kawasan pendudukan Israel 1948 bangkit membantu penduduk Gaza.

Serangan darat ke atas Gaza diluluskan

Seorang pemimpin Palestin mendedahkan kerajaan haram Israel telah meluluskan plan tenteranya untuk melakukan serangan darat ke atas Gaza. Menurut laporan televisyen al-Hurra, Mahmoud Abbas dalam sidang media hari ini berkata, kabinet Israel telah mengumumkan operasi serangan darat akan bermula beberapa jam lagi.

Pihak Israel juga turut memerintahkan penduduk Gaza yang berhampiran dengan sempadan Israel meninggalkan kediaman masing-masing pagi tadi.

Sayap Hamas al-Qassam; Kami sudah bersedia untuk peperangan jangkamasa panjang

Jurucakap batalion al-Qassam mengumumkan kesediaan Hamas untuk memerangi Zionis dalam jangkamasa yang panjang dan apa yang ditunjukkan pihaknya setakat ini hanyalah sedikit dari keupayaan sebenar yang ada.

Berasaskan laporan televisyen al-Manar, kumpulan pejuang Palestin masih terus melancarkan serangan roket ke atas pendudukan Zionis. Beberapa kota besar seperti Tel Aviv, Haifa dan gunung Carmel turut menjadi sasarannya.