Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sumber operasi ketenteraan di Anbar hari ini mendedahkan kematian ketua pengurusan harta Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) bersama tiga orang pemimpin mereka dalam beberapa pertempuran sengit.
Menurut laporan Alsumariya News, pasukan keselamatan melakukan serangan kilat ke atas sebuah rumah dan berjaya membunuh salah pengurus harta dan pentadbiran pengganas ISIL yang bernama Abu Rahmah bersama dua orang pembantunya.
Sumber yang tidak didedahkan identitinya itu menambah, "Operasi dilancarkan beberapa minit setelah mendapat maklumat perisikan tentang kewujudan pengganas di kawasan tersebut."
Dalam kejadian berasingan pasukan keselamatan Iraq telah menghadapi pertempuran sengit dengan pengganas ISIL di Saqlawiyah Utara Fallujah di mana 3 pemimpin ISIL yang bernama Abu Aqrab, Najm Abu Sahib dan Hamid terbunuh.
Iraq mengalami krisis keamanan sejak bulan Jun lalu apabila beberapa wilayah jatuh ke tangan pengganas ISIL.