Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Beberapa sumber berita melaporkan dua beradik kembar berusia 16 tahun dari Manchester, England pergi ke Syria untuk melakukan jihad seks.
Salma Halane dan Zahra ketika menghubungi keluarga mereka memaklumkan bahawa masing-masing telah tiba di Syria dan tidak akan pulang lagi ke England.
Sementara itu berita terbaru melaporkan seorang bernama Umm Lays yang telah melakukan jihad seks dengan anggota pengganas sedang mempengaruhi wanita-wanita lain untuk menuruti jejak langkahnya melalui laman sosial.
Umm Lays yang mempunyai lebih dari 2000 pengikut dalam akaun Twitternya turut memberikan khidmat kaunseling untuk menghasut wanita lain untuk pergi ke Syria dan menyertai jihad seks.
Pada bulan Jun lalu, Biro Penyiasatan Persekutuan England berjaya menahan jururawat berusia 19 tahun di dalam sebuah pesawat untuk ke Turki untuk memasuki Syria. Siasatan mendapati gadis ini terpengaruh untuk melakukan jihad seks dengan seorang militan ISIS warga Tunisia yang sedang berperang di Syria.
Jihad seks merupakan gaya hidup terkini pengganas ISIS di Syria untuk memenuhi keperluan syahwat para militan. Laporan menunjukkan seorang wanita dapat dikongsi oleh beberapa lelaki secara bergilir-gilir tanpa iddah atas nama jihad.



