15 September 2014 - 05:05
Dakwaan Amerika perangi ISIS palsu

Amerika berpura-pura memerangi ISIS

Agensi Beria Ahlul Bait (ABNA.ir) - Presiden Kesatuan Ulama mempertikaikan tindakan Amerika menubuhkan pakatan demi memerangi ISIS. Sheikh Dr. Qaradhawi berkata, "Saya tidak bersetuju dengan pemikiran ISIS namun tidak dapat menerima kempen Amerika memerangi mereka."

Tambah beliau lagi, walau apa pun yang terjadi pihak Amerika tidak akan bersimpati dengan Islam. Tambah beliau lagi, "Amerika tidak akan bergerak kerana Islam, bahkan mereka hanya mengejar kepentingan sendiri."

Qaradhawi yang selama ini sering mencetuskan kontroversi dengan fatwa-fatwa anehnya berkata, "Sebarang dakwaan Amerika berkenaan kempen memerangi ISIS dan pengganas adalah pembohongan yang jelas dan saya tidak menyenanginya."