22 Oktober 2014 - 05:03
Ayatullah Mahdawi Kani meninggal dunia

Ketua Majlis Khubregan meninggal dunia pagi semalam setelah hampir 5 bulan terlantar sakit.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir)  - Penyelia pejabat Ayatullah Mahdawi Kani, Ibrahim Ansariyan mengumumkan pemergian ketua Majlis Khuregan Rahbari pagi semalam.

Ketua Majlis Khubregan Rahbari, Ayatullah Mahdawi Kani meninggal dunia di Hospital Syahid Raja'i dalam usia 83 tahun.

Hujjatul Islam Mirlouhi Damad turut mengesahkan berita tersebut dan berkata, "Sakit Ayatullah Mahdawi Kani pada pukul 7 pagi bertambah parah sehingga menghentikan aktiviti jantung. Usaha para doktor tidak membuahkan hasil dan beliau meninggal dunia pada pukul 9 pagi."

Ayatullah Mahdawi Kani telah dimasukkan ke hospital pada 6 Jun lalu kerana lemah jantung di Hospital bahman. Hampir dua bulan dirawat beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Shahid Raja'i.

Solat jenazah al-marhum akan diketuai oleh Ayatullah Sayid Ali Khamenei pada hari Khamis ini di Universiti Tehran dan akan diarak ke Haram Abdul Azim Hasani.

Acara ini akan bermula pada pukul 8:30 pagi di Universiti Tehran.

Beliau akan dipusarakan di samping makam Mulla Ali Kani di Haram Hazrat Abdul Azim Hasani berasaskan wasiatnya.

Majlis penghormatan Ayatullah Mahdawi Kani juga akan diadakan di Husainiyah Imam Khomeini pada pukul 3:30.

Pihak ABNA mengucapkan salam takziah kepada keluarga beliau, hawzah ilmiyah dan seluruh bangsa Iran.